Halaman Utama |   Pendahuluan  | Kata-kata aluanSensasi |   Bantuan???  |  Webmaster
 
Cari
 
 
Menu utama


  

a
a
a


 
  
  Info Sekolah > sumbangsih
Smach Online  |  Tarikh hari ini:
Sumbangsih


Projek ini diperkenalkan pada tahun 1987. Pada tahun itu pelajar-pelajar sulung sekolah ini yang memasuki tingkatan 1 1983, akan mengakhiri pengajian mereka dan seterusnya akan menmggalkan sekolah selepas menduduki Peperiksaan SPM. Diperhatikan kumpulan ini sangat tebal perasaan kesetiaan, ikatan kasih sayang dan kebanggaannya kepada sekolah. Hubungan mereka dengan gum-guru termasuk Penolong Kanan Pengetua dan kakitangan sekolah begitu rapat dan mesra sekali. Suasana seperti ini dirasakan tidak harus dibiarkan luput dan berlalu begitu sahaja. la perlu diabadikan dalam suatu bentuk yang boleh mengekalkan pertalian dan ingatan mereka kepada sekolah ini. Maka dengan itu tercetus idea ini yang kemudiannya kita kenali sebagai Projek Sumbangsih Pelajar.
Idea ini dikernuka dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Majlis Perancang Sekolah, kemudian diterangkan/dijelaskan kepada pelajar-pelajar dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah.
Melalui projek ini, dicadangkan agar pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan sekolah menyumbangkan sesuatusebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada sekolah yang telah banyak menabur budi, mendidik dan membesarkan mereka

PUNGUTAN UNTUK TABUNG SUMBANGSIH

Pihak sekolah tidak mencadangkan cara atau garis panduan tertentu bagaimana untuk mengumpul wang bagi tabung sumbangsih pelajar menyerahkan kepada kebijaksanan pelajar asalkan tidak melanggar peraturan dan tidak membebankan mereka.
Beberapa cara pengumpulan tabung sumbangsih yang dijalankan oleh pelajar.
1. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelajar (Persatuan pelajar tingkatan 5)
a) Jualan item-item seperti cenderamata, key chain, penanda buku dan T-Shirt.
b) Mengadakan gerai jualan dan lagu permintaan pada hari-hari tertentu seperti pada hujung minggu di asrama, pada Hari Sukan Tahunan, Hari Terbuka dan Pesta Konvokesyen.
2. Mendermakan faedah simpanan (Akaun Biasiswa) mereka selama 5 tahun kepada tabung sumbangsih (secara sukarela).
3. Mendermakan wang tuntutan tambang mereka untuk penggal terakhir.
4. Sumbangan bulanan pelajar melalui persatuan mereka.

Jumlah pungutan dan sumbangan pelajar pada setiap tahun dicatat pada papan khas yang ditempatkan di Dewan Besar Sekolah.

TAHUN
JUMLAH (RM)
1987
8,363.00
1988
8,888.00
1989
9,119.00
1990
9,990.00
1991
10,119.90
1992
10,200.95
1993
10,211.95
1994
11,001.95
1995
12,005.90
1996
12,121.20
1997
13,240.90
1998
11,000.00
1999
10,000.00
2000
10,200.50
2001
10,625.35

webmaster

 

Sila pastikan paparan resolusi anda ialah 800 x 600 dengan menggunakan Internet Explorer 5 +.Harap maklum


Harta yang kekal adalah harta yang disedekahkan kepada jalan yang diredhaiNYA.

berita sensasi.....


Semua hakcipta adalah terpelihara dan mestilah mendapat kebenaran pihak kami terlebih 
dahulu untuk menyalin atau memindah sebarang hakcipta dalam halaman web ini.