Halaman utama   |   Pendahuluan  | Kata-kata aluanSensasi  |  Bantuan???  |  Webmaster
 
Cari
 
 
Menu utama


  

a
a
a


 
  Hubungi kami !
  Etos Sekolah > Anugerah Warna
Smach Online  |  Tarikh hari ini:
Anugerah Warna


Pada setiap akhir tahun ,Sekolah Menengah Sains Machang akan memberikan penghargaan kepada mereka-mereka yang telah bersusah payah mengharumkan nama sekolah di persada sekolah-sekolah di Malaysia.Penghargaan ini diberi mengikut jumlah acara ataupun yang mereka sertai.Semakin banyak pertandingan yang disertai semakin banyaklah penghargaan yang mereka bakal terima.
Seandainya anda menyertai sebarang pertandingan peringkat negeri anda akan di beri anugerah separuh warna,peringkat Malaysia pula akan memberikan anda warna penuh sekaligus melayakkan anda untuk menerima hadiah beserta wang tunai.
Majlis ini biasanya diadakan di dewan besar yang melibatkan semua kakitangan sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah TMMJ( Tanah Merah,Machang,Jeli),Tuan Haji Wan Abdul Rahman Wan Abllah.Majlis ini dumulakan pada jam 9.00 malam.Para pelajar yang bakal menerima anugerah memakai pakaian yang segak bergaya sambil mereka yang menjadi penonton memakai baju batik.
Sebelum anugerah diberikan,hadirin dijemput menjamu selera dengan lauk-pauk yang sedia terhidang di depan mata.Majlis makan ini diiringi dengan irama lagu yang sungguh merdu dari pasukan kadet pancaragam sekolah.Setelah itu anugerah-anugerah pun disampaikan.Kemuncak majlis adalah penganugerahan pelajar yang berjaya memperoleh anugerah warna penuh sekaligus menjadikan beliau layak untuk menerima anugerah pelajar paling aktif Smach.
Majlis perarakan masuk diiringi dengan dua orang pelindung maharaja yang membawa busur.Ini disusuli pula dengan pasukan tombak .Dibelakangnya pula seekor gajah buatan dengan seorang gembala mengikuti dari hadapan.Suasana pada ketika itu begitu indah kerana hanya lilin saja yang terpasang.Di sebalik gajah itu maka nampaklah seorang putera yang menerima anugerah warna penuh.Di kiri kanan beliau terdapat kain yang pelbagai warna yang telah dililit dan dipegang oleh beberapa orang pelajar puteri yang sungguh jelita.
Majlis ini berlansung selama lebih kurang 3 jam.Pada tahun ini ,Wan Mohd. Zarmin b. Wan Salleh telah muncul sebagai penerima anugerah warna penuh.Beliau menerima wang tunai bernilai RM500 dan sebuah hadiah misteri.Diharapkan agar pada tahun ini,majlis ini akan diadakan dengan lebih meriah lagi.SMACH CEMERLANG!!!.

BERSAMA SELAMANYA.

webmaster

 

 

Sila pastikan paparan resolusi anda ialah 800 x 600 dengan menggunakan Internet Explorer 5 +.Harap maklum


Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.

berita sensasi.....


Semua hakcipta adalah terpelihara dan mestilah mendapat kebenaran pihak kami terlebih 
dahulu untuk menyalin atau memindah sebarang hakcipta dalam halaman web ini.