Kementerian Pendidikan Malaysia
      Halaman utama   |   Pendahuluan  | Kata-kata aluanSensasi  |  Bantuan???  |  Webmaster
 
Cari
 
 
Sekolah Menengah Sains Machang


  

a
a
a


 
  Contact Us!
  Etos Sekolah > Sukan Tahunan
Smach Online  |  Tarikh hari ini:
Sukan Tahunan


Acara tahunan yang sudah sinonim dengan pelajar SMACH iaitu Kejohanan Sukan Tahunan (KOT) telah berjaya dilansungkan pada tahun ini. Kejohanan olahraga kali yang ke-18 ini diadakan selama 3 hari berturut-turut seperti pada tahun-tahun sebelum ini iaitu pada 12, 13 dan 14 Mac 2001.Acara yang dianggap sebagai sinonim dengan pelajar yang berkebolehan dalam sukan ini telah berlangsung dengan girang dan cemerlang.

Hari kejohanan sukan Sekolah Menengah Sains Machang ini menampilkan atlet-atlet sekolah yang berkebolehan dalam acara masing-masing.Hari sukan pada tahun ini juga telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Tanah Merah-Machang-Jeli pada hari pertama kejohanan.Majlis diserikan lagi dengan perbarisan rumah-rumah sukan iaitu Pasukan juara bertahan Murad Noor,Wan Zahid,Tengku Mahmud Mahyidin dan Ahmad Jalaluddin.Pasukan-pasukan beruniform juga tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan lagi acara perasmian sukan pada tahun ini.

Seperti tahun-tahun yang sudah,markah keseluruhan bagi setiap rumah sukan bukan sahaja dikira markah untuk acara sukan,malah pertandingan perbarisan,khemah paling cantik dan acara tarik tali juga ambil kira.Pertandingan bagi perbarisan telah dimenangi oleh rumah Murad Noor,khemah paling cantik di rampas oleh Wan Zahid dan acara tarik tali sekali lagi dimenangi oleh Murad Noor.Tetapi nampaknya pasukan Murad Noor kurang bernasib baik pada tahun ini kerana takhta kejuaraan keseluruhan telah dirampas oleh rumah Wan Zahid.Namun,pesta sukan pada tahun ini menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Machang.

MAJULAH SUKAN UNTUK SMACH

webmaster


Sila pastikan paparan resolusi anda ialah 800 x 600 dengan menggunakan Internet Explorer 5 +.Harap maklum


Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
dan kejayaan


berita sensasi.....

 

 
Sepintas lalu

 


Semua hakcipta adalah terpelihara dan mestilah mendapat kebenaran pihak kami terlebih 
dahulu untuk menyalin atau memindah sebarang hakcipta dalam halaman web ini.