Setiap
sekolah berasrama penuh mempunyai acara
rasmi yang sememangnya unik dan berbeza.Di
sekolah ini,salah satu acara rasmi yang
diadakan setiap tahun ialah Majlis Konvokesyen.Majlis
ini diasaskan pada tahun 1993 atas sumber
ilham pengetua pada masa itu iaitu Tuan
Haji Wan Abdul Rahman b. Wan Abllah.
Pada mulanya,majlis ini dikenali sebagai
Majlis Mini Konvokesyen namun pada tahun
2001 bertepatan dengan alaf baru,Tuan Haji
Che Ismail b. Che Taib selaku pengetua sekolah
ini telah mengubah majlis ini kepada Majlis
Konvokesyen.Majlis diadakan dengan penuh
meriah dan gilang-gemilang selama tiga hari
berturut-turut bermula pada 12,13 dan 14
April.
Majlis ini dimeriahkan dengan beberapa pertandingan
yang sememangnya terkenal di negeri kelahiran
Cik Siti Wan Kembang ini iaitu Pertandingan
Ayam Serama dan Pertandingan Memancing.Acara
sukan yang dipertandingan pula ialah Streetball
3 on 3 dan Smach Football Open.Penyertaan
yang diterima sungguh mengejutkan di mana
pertandingan Smach Football Open disertai
oleh 40 buah pasukan dari segenap pelusuk
negeri,manakala streetball pula menerima
60 penyertaan.Acara memancing tidak kurang
hebatnya apabila sermai 300 orang pemancing
menyertai pertandingan ini yang menawarkan
hadiah sebuah motorsikal Kris bagi johan.Pertandingan
Ayam Serama turut mendapat sambutan dengan
150 penyertaan diterima.
Hari pertama Majlis Konvokesyen
ini dimulakan dengan jualan gerai oleh Ikatan
Pelajar Tingkatan 5(IPT5).Pelbagai juadah
makanan dan minuman dijual oleh IPT5.Antaranya
termasuklah ayam
goreng,kentang goreng,keropok,goreng pisang,nasi
lemak,nasi ayam,nasi kerabu,air laici,abc,cpt
dan banyak lagi.Semua juadah yang dijual
begitu enak rasanya.Harganya juga berpatutan
Pada
sebelah petangnya,Pertandingan Smach Football
Open dimulakan.Pertandingan ini dimulakan
dengan lebih awal berbanding dengan pertandingan
lain kerana masa yang diambil agak lama
bagi setiap perlawanan.Pasukan bola sepak
sekolah turut menyertai pertandingan Smach
Football Open ini, tetapi tewas di peringklat
suku akhir.Walau bagaimanapun,pencapaian
ini sudah dikira membanggakan kerana pasukan
sekolah mampu memberikan saingan kepada
pasukan yang rata-ratanya terdiri daripada
remaja yang berumur 20an ke atas.Tahniah
buat pasukan bola sepak SMACH.Malamnya pula,diadakan
tanyangan
VCD yang bertajuk Leftenan Adnan dan Syukur
21 yang terkenal di seluruh Malaysia akan
mutu perfilemannya.Tayangan tamat pada jam
12.00 tengah malam.Meskipun letih,namun
para pelajar dan pengunjung tetap berpuas
hati dengan tayangan yang diadakan.
Esoknya pula, iaitu pada 13 April 2001,pertandingan
memancing dan Ayam Serama diadakan bertempat
di Taman Mesra Alam Sekolah Menengah Sains
Machang.
Pertandingan ini diadakan bermula pada jam
9.00 pagi.Pertandingan ini begitu meriah
dengan bunyi kokokan ayam serama ditempat
pertandingan ayam seramanya,bunyi sorakan
semangat ditempat pertandingan memancingnya
dan banyak lagi.Manakala di padang pula,pertandingan
Smach Football Open diteruskan.Bunyi lagu
"We are the champion" pula semakin
lantang kedengaran di tempat court bola
keranjang yang digunakan untuk pertandingan
streetball. Pada malam tersebut diadakan
pertunjukkan dikir barat. Dua pasukan dikir
barat telah dijemput untuk membuat persembahan
dikir barat. Ramai juga tukang karut handalan
seperti Ismail Gunung-ganang, Zaidi Buluh
Perindu dan ramai lagi. Ramai penduduk di
sekitar pekan Labok datang untuk menyaksikan
persembahan dikir barat secara percuma.
Esoknya pula, acara utama dalam setiap Hari
Konvokesyen iaitu Majlis Konvokesyen. Majlis
ini diadakan di Dewan Wawasan Sekolah Menengah
Sains Machang. Majlis itu diserikan lagi
dengan adat istiadat melayu lama seperti
pasukan kertok dan pasukan alat kebesaran
konvokesyen. Ramai 'graduan muda' menerima
anugerah yang disampaikan oleh Timbalan
Pengarah Pendidikan. Majlis ini mendapat
liputan oleh akhbar tempatan. Majlis Konvokesyen
berakhir pada pukul 12.35 tengahari selepas
para guru, ibubapa, graduan muda dan dif
jemputan makan tengahari di Anjung Seri.
Hari pertama Majlis Konvokesyen
ini dimulakan dengan jualan gerai oleh Ikatan
Pelajar Tingkatan 5(IPT5).Pelbagai juadah
makanan dan minuman dijual oleh IPT5.Antaranya
termasuklah ayam goreng,kentang goreng,keropok,goreng
pisang,nasi lemak,nasi ayam,nasi kerabu,air
laici,abc,cpt dan banyak lagi.Semua juadah
yang dijual begitu enak rasanya.Harganya
juga berpatutan.
webmaster
|