Malam
Nolstagia merupakan makam malam tingkatan
lima. Ia diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar
tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan
Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Pada
malam tersebut, pelajar-pelajar dijamu
dengan makan yang lazat-lazat. Makan Malam
Nolstagia diadakan dengan penuh adat istiadat
yang tinggi bagai makan di restoren yang
berkelas tinggi. Pada tahun 2000, Sekolah
Menengah Sains Machang telah mengadakan
Makan Malam Nolstagia pada bulan Oktober.
Pada malam itu telah diadakan pelbagai
adat istiadat yang sungguh mengkagumkan.
Majlis biasanya bermula pada pukul 8.00
malam. Pada permulaan majlis, semua pelajar,
guru, dan dif jemputan mengambil tempat
duduk di meja makan masing-masing. Sebuah
katering telah diupah untuk menguruskan
makan malam. Kira-kiara pukul 8.15, makan
malam bermula. Ramai pelajar berkhidmat
sebagai pelayan. Pasukan pancaragam, kumpulan
nasyid dan dikir barat sekolah ini
diundang untuk mengadakan persembahan.
Selepas makan malam, maka saat yang dinantikan
tiba malah merupakan salah satu acara
penting pada Makan Malam Nolstagia iaitu
acara penyerahan sumbangsih pelajar-pelajar
tingkatan lima hasil daripada jualan gerai
pada Hari Konvokesyen dan hari minggu.
Pada tahun ini diadakan perarakan masuk
pasukan bergajah. Replika gajah dibuat
oleh pelajar-pelajar tingkatan lima aliran
teknologi kejuruteraan.Malam Nostalgia
pada tahun ini meninggalkan kesan dan
kenangan yang mendalam di kalangan pelajar-pelajar
tingkatan 5 tahun 2000.Majlis bersurai
tepat jam 12 malam.Nantikan Malam Nostalgia
tahun ini!!!!!!Tunggu.......
MEMORI
SEPANJANG ZAMAN.
webmaster
|