Halaman utama   |   Pendahuluan  | Kata-kata aluanSensasi  |  Bantuan???  |  Webmaster
 
Cari
 
 
Menu utama


  

a
a
a


 
  Contact Us!
  Etos Sekolah > Asyura
Smach Online  |  Tarikh hari ini:
Asyura


Majlis As-syura merupakan majlis yang diadakan setiap tahun.Majlis ini dikhaskan kepada para peljar dan guru untuk sama-sama bekerjasama menyiapkan syura di samping menjalin ikatan silaturrahim.Majlis ini biasanya diadakan pada 20 Muharam.
Sebanyak 7 kawah yang terdiri daripada kawah rumah-umah sukan sebanyak 4 kawah,1 kawah untuk badan pengawas,1 kawah untuk PRS, dan 1 lagi untuk para pekerja.Bahan untuk memasak syura disediakan oleh guru-guru perempuan dengan bantuan pekerja-pekerja dan juga pelajar-pelajar perempuan.Syura yang paling enak rasanya akan diberikan hadiah.Majlis ini dirasmikan oleh Pengawai Pendidikan Daerah Machang ataupun pengetua sendiri.
Bagi tugas mengacau syura ini,setiap badan ataupun rumah-rumah sukan biasanya mengadakan jadual agar semua ahli mereka dapat merasai dan mengetahui cara mengacau syura. Bagi satu kawah,sebanyak 3 orang ditugaskan untuk mengacau mengikut masa yang telah ditetapkan.Sekiranya mereka dahaga,maka mereka boleh mendapatkan air di tempat urusetia yang sememangnya disediakan untuk mereka.
Majlis ini dimeriahkan lagi dengan telatah guru-guru yang turut membantu para pelajarnya mengacau syura.Jurukamera sekolah yang dari unit PST mula berfungsi.Pelbagai gelagat yang melucukan dapat dirakam.Majlis ini biasanya berakhir pada lewat tengah hari iaitu sekitar pukul 3.00 petang.
Setelah syura siap dimasak dengan pelbagai rempah,maka ia kan dibawa untuk diadili oleh hakim.Setelah itu barulah syura-syura ini dibahagikan kepada setiap pelajar.Kebiasaannya para pelajar akan berebut-rebut untuk merasai syura yang mereka sendiri menjadi tukang kacau. Sesungguhnya majlis ini mendapat kerjasama dari setiap para pelajar,guru,dan pekerja.
Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi agar ia menjadi suatu tradisi yang akan kekal buat selama-lamanya selagi Smach ada.Maju terus,pantang undur.

SMACH CEMERLANG!

webmaster

 

 

Sila pastikan paparan resolusi anda ialah 800 x 600 dengan menggunakan Internet Explorer 5 +.Harap maklum


Ramai orang yang gagal adalah mereka yang tidak sedar bahawa betapa hampirnya mereka kepada kejayaan apabila mereka berputus asa...

berita sensasi.....


Semua hakcipta adalah terpelihara dan mestilah mendapat kebenaran pihak kami terlebih 
dahulu untuk menyalin atau memindah sebarang hakcipta dalam halaman web ini.