Halaman utama   |   Pendahuluan  | Kata-kata aluanSensasi  |  Bantuan???  |  Webmaster
 
Cari
 
 
Menu utama


  

a
a
a


 
  Contact Us!
  Info Sekolah > Latar Belakang
Smach Online  |  Tarikh hari ini:
Latar Belakang


Sebanyak 39 buah sbp dilahirkan di negara Malaysia ini.Semuanya dibina bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdaya maju dalam semua aspek bagi merealisasikan impian negara ke arah pembentukan generasi bermutu ,tambahan lagi dunia sekarang sedang asyik dibanjiri oleh pelbagai kemajuan teknologi yang semakin berkembang dari hari ke hari.
Selaras dengan itu pada tahun 1984 sebuah sekolah yang diberi nama Sekolah Menengah Sains Machang telah dirasmikan sebagai salah satu sekolah berasrama penuh di Malaysia dengan singkatan namanya SMACH.Sekolah yang terletak di Labok,9km dari pekan Machang dan 35km dari Kota Bharu dirasmikan oleh Al-Sultan Kelantan.
Sekolah ini mempunyai 5 kelas untuk setiap tingkatan bagi menengah rendah sementara 6 kelas untuk setiap tingkatan bagi menengah atas menjadikan jumlah kelas 27 buah semuanya.Pada asalnya sekolah ini beraliran sains dan sosial,walau bagaimanapun ia ditukar kepada aliran sains dan teknikal pada tahun 1995.Aliran ini berterusan sehingga tahun 1999 di mana pada tahun ini sijil terbuka diperkenalkan di mana para pelajar boleh memilih mata pelajaran yang dikehendaki.
Dengan 3 blok bangunan 3 tingkat untuk 25 kelas, 9 makmal sains, 1 perpustakaan,1 makmal komputer, 1 bilik tayangan, 1 bilik ERT, ruang pejabat dan bilik guru, 1 makmal bahasa, 1 bilik pengawas,1 blok bangunan kejuruteraan, 1 makmal blok lukisan kejuruteraan dan bilik mesyuarat. 1 bangunan lagi untuk makmal Kemahiran Hidup,1 dewan wawasan,1 blok kantin, bangunan pameran, 1 blok asrama puteri, 2 blok asrama putera, 1 blok pangsapuri guru,dan 1 blok wisma pekerja ,sekolah ini menjadikan sekolah SMSM lengkap dengan kelengkapan.Semuanya disediakan demi untuk keselesaan para pelajar bagi meneruskan pelajaran mereka agar keputusan yang dicapai semakin gemilang.
Bagi kemudahan sukan pula sebanyak 1 blok gimnasium. 1 padang bola sepak, 1 padang hoki, 1 gelanggang tennis, 1 padang hoki,1 gelanggang bola keranjang, 2 gelanggang bola tampar dan sebuah dewan bagi permainan badminton.
Sekolah ini juga dihiasi dengan tujuh taman yang serba indah.Antaranya ialah Taman Permaidani,Taman Sains dan sebagainya.Pelbagai singgahsana disediakan bagi kemudahan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran ataupun melepaskan penat seketika.Sebagai contohnya ialah Gazebo Ilmu,Gapura Ilmu,Mahligai Ilmu dan beberapa lagi.
Sekolah SBP didirikan bukab saja untuk cemerlang dari segi kurikulum bahkan dari segi kokurikulum.Justeru itu bagi mencungkil bakat-bakat baru yang mempunyai kelebihan dari segi sukan maka diwujudkan kejohanan olahraga peringkat sekolah setiap tahun.Para pelajar akan dibahagikan pada 4 buah rumah sukan iaitu Rumah Wan Zahid,Rumah Murad Noor,Rumah Tengku Mahmud Mahyuddin dan Rumah Ahmad Jalaluddin.Majlis pembukaan kejohanan ini diserikan dengan perbarisan dari setiap rumah sukan sambil membawa sepanduk dan maskot mereka yang mempunyai makna tersendiri yang menjadi lambing semangat kepada pasukan mereka.Di samping itu juga perbarisan ini di sertai oleh unit beruniform yang terdapat di sekolah ini iaitu Pengakap,Kadet Bomba,KRS putera dan puteri,Pandu puteri,Bulan Sabit Merah putera dan puteri,Puteri Islam,dan Kadet Pancaragam.
Etos rasmi sekolah yang masih dikekalkan di sekolah ini yang juga menjadi kemegahan bagi sekolah ini di mana ianya sukar didapati di sekolah lain iaitu Malam Nostalgia, Malam Anugerah Warna, Upacara Pelantikan pengawas, Majlis Mini Konvokesyen dll. Upacara ini kebiasaannya melibatkan semua pelajar.
Semoga sekolah ini akan terus cemerlang dari tahun ke tahun.Sekolah ini sentiasa melahirkan pelajar-pelajar yang bijak pandai dan baik budi pekertinya.Demikianlah serba sedikit tentang sejarah SMACH ini.Maju terus,pantang undur.Sekian.
 

 

 

 

 

Sila pastikan paparan resolusi anda ialah 800 x 600 dengan menggunakan Internet Explorer 5 +.Harap maklum


FIKIRAN MENUKAR
IMAGINASI MENJADI VISI
HATI MENTERJEMAH
VISI MENJADI MISI
USAHA MENGGERAK
MISI MENCIPTA REALITI

berita sensasi.....

 


Semua hakcipta adalah terpelihara dan mestilah mendapat kebenaran pihak kami terlebih 
dahulu untuk menyalin atau memindah sebarang hakcipta dalam halaman web ini.