SMACH
sememangnya dikenali sebagai sebuah sekolah
yang cukup kaya dengan pelbagai etos rasmi
yang menjadi ikutan kebanyakan sekolah-sekolah
berasrama penuh. Salah satunya ialah Pertandingan
Kawad Kaki.
Pertandingan ini telah disertai oleh semua
badan unit beruniform sekolah iaitu pasukan
kadet bomba,kadet pancaragam,puteri Islam,pandu
puteri,pasukan bulan sabit merah putera
dan puteri,kadet remaja sekolah putera
dan puteri,dan pengakap juga putera dan
puteri.Seminggu sebelum pertandingan kelihatan
semua pasukan sibuk mengadakan latihan.Ada
yang sampai pukul 12.00 malam baru pulang
ke asarama.Semua ini adalah kerana semangat
kerjasama yang lahir dari setiap jiwa
ahli pasukan masing-masing.
Pertandingan ini dirasmikan oleh pengetua
sendiri.Pemarkahan pula diadili oleh 3
orang pegawai tentera yang dijemput khas
dari kem desa pahlawan.Pertandingan ini
dimulakan dengan upacara menerima tabik
hormat dari planton pasukan masing-masing.
Sesudah itu meraka semua bersurai dan
bersedia untuk menjalani pertandingan.Pasukan
yang pertama masuk ialah kadet bomba.
Pertandingan yang menyaksikan persaingan
yang begitu sengit dengan setiap pasukan
begitu berhati-hati agar tidak melakukan
sebarang kesilapan yang memungkinkan pasukan
mereka untuk kecundang.Pertandingan yang
bermula jam 8.00 pagi tamat tepat jam
12.00 tengah hari.
Pada tahun ini,Kadet Remaja Sekolah ataupun
singkatannya KRS
telah berjaya mengekalkan piala pusingan
yang mereka perolehi pada tahun lepas
sama ada di bahagian putera mahupun puteri.Sesungguhnya
ahli-ahli KRS sememangnya terkenal dengan
kecekapan dan kekemasan mereka sama ada
pada hari pertandingan mahupun latihan.Tempat
kedua bahagian putera pula disandang oleh
pasukan pengakap sementara puteri Islam
bagi bahagian puteri.Johan menerima sebuah
piala pusingan dan juga wang tunai bernilai
RM 200 beserta hamper.Planton terbaik
dimiliki oleh saudara Mohd. Wafi Ali dari
pasukan kadet bomba.
Walaupun ada yang tewas namun semua berpuas
hati dengan keputusan pengadil. Sesungguhnya
setiap yang menang pasti ada yang tewas.Semoga
pertandingan ini akan terus berkekalan
buat selama-lamanya .
SMACH
CEMERLANG!
webmaster
|