1.Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan,
memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
2.Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan
sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras
dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan
Wawasan 2020.
3.Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti
salah guna dadah, melepak dan juvana.
4.Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi
menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
5.Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat
cintakan agama, bangsa dan negara.
6.Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami,
menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu
memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan
bernegara.
7.Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan
mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan
untuk bertindak sewajarnya.
 |