Lembaga Pengawas 98/99
Convent Bukit Nanas
Kuala Lumpur
Peraturan-Peraturan Sekolah
Makmal
| PusatSumber | Bilik
Masakan | Pendidikan Jasmani
| Pendidikan seni | Bengkel
Kemahiran Hidup | Bahagian Alat
Pandang Dengar | Keselamatan Kecemasan
| Latihan Kebakaran | Bilik
Jahitan | Pelan Sekolah
| Pengumuman semasa |
Halaman Pertama
PERATURAN-PERATURAN DI PUSAT SUMBER
-
A. AM
-
Setiap pengguna perpustakaan tidak dibenarkan membuat bising semasa berada
di pusat sumber. Jika pelajar-pelajar membuat bising, anda akan diberi
SATU amaran. Nama pelajar yang berterusan membuat bising akan dicatat dalam
sebuah buku khas sehingga 3 kali. Selepas 3 kali, pelajar tersebut akan
di halau.
-
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam ruang kaunter selain daripada
pengawas pusat sumber yang bertugas. Bagi pelajar yang ingin melihat buku-buku
bertanda merah, dapatkan bantuan pengawas pusat sumber dan JANGAN masuk
ke dalam ruang kaunter untuk memperolehi buku-buku tersebut. Para pelajar
boleh membuat rujukan mengenai jenis buku yang bertanda merah melalui rak
kad katalog yang terletak di meja kaunter.
-
Dilarang membawa beg, minuman dan sebarang jenis makanan ke dalam perpustakaan.Walau
bagaimanapun pihak perpustakaan membenarkan pelajar membawa masuk buku-buku
teks tetapi pemeriksaan akan diadakan di pintu keluar.
-
Para pelajar yang hendak menggunakan perpustakaan semasa bukan waktu sekolah
MESTI memakai pakaian seragam sekolah.
-
Sebarang jenis perabot tidak boleh dialihkan tempatnya.
-
Semua buku yang telah digunakan MESTI dipulangkan ke TROLI dan BUKAN ke
RAK buku.
-
Peminjam dihendaki menggantikan buku yang bilang atau membayar harga buku
itu atau beli buku ying baru.
-
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat projek yang melibatkan kerja menggunting
di pusat sumber.
-
Pelajar yang hilang kad pusat sumber akan dikenakan denda sebanyak RM2.00.
-
B. BUKU RUJUKAN BERTANDA MERAH
-
Para pelajar yang berkehendakkan buku-buku bertanda merah MESTI memintanya
daripada pengawas perpustakaan yang bertugas di kaunter.
-
Buku-buku ini boleh dipinjam selama 2 jam. Peminjaman buku-buku ini akan
dicatat di dalam sebuah buku khas. Buku-buku ini hanya boleh dipinjam selama
satu malam mulai pukul 3.30 petang dan mesti dikembalikan SEBELUM pukul
1 1 pagi keesokan harinya.
-
Denda sebanyak 20 sen untuk setiap setengah jam kelewatan memulangkan buku
bertanda merah akan dikenakan.
-
C. BUKU RUJUKAN BERTANDA KUNING
-
Buku-buku ini tidak boleh dipinjam ATAU dibawa keluar dari bilik rujukan.
-
Buku-buku ini hanya boleh dijadikan buku-buku rujukan di DALAM bilik rujukan.
-
D. BUKU RUJUKAN - RAK TERBUKA
Buku-buku ini hanya boleh dipinjam selama 2 minggu. Pembaharuan boleh
dilakukan hanya 2 kali sahaja. Denda sebanyak 10 sen dikenakan untuk setiap
hari lewat dikembalikan. Denda dihitung inengikut hari-hari persekolahan,
hari Sabtu dan cuti sekolah. Denda untuk hari Ahad dan hari-hari cuti am
di kecualikan.
-
E. BUKU FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
-
Buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen yang diletakan dalarn Bahagian Pinjaman
boleh dipinjam selama 2 minggu. Pembaharuan boleh dibuat 2 kali sahaja.
-
Peminjam yang tidak mengembalikan buku pada waktu yang diletapkan akan
dikenakan denda sebanyak 10 sen schari.
-
F. MAJALAH / TERBITAN BERKALA
-
Majalab-majalah bolch dipinjam sebulan selepas tarikh penerbitannya.
-
Majalah-majalah boleh dipinjam selama dua hari sahaja.
-
Peminjam yang tidak mengembalikan majalah/terbitan berkala itu pada masa
yang ditetapkan akan dikenakan denda sebanyak 10 sen sehari.
-
Semua majalah yang telah dibaca MESTI dipulangkan ke rak majalah rnasing-masing.