Lembaga Pengawas 98/99
Convent Bukit Nanas
Kuala Lumpur
Peraturan-Peraturan Sekolah
Makmal
| PusatSumber | Bilik
Masakan | Pendidikan Jasmani
| Pendidikan seni | Bengkel
Kemahiran Hidup | Bahagian Alat
Pandang Dengar | Keselamatan Kecemasan
| Latihan Kebakaran | Bilik
Jahitan | Pelan Sekolah
| Pengumuman semasa |
Halaman Pertama
PENDIDIKAN JASMANI
-
Pakaian
-
1.1 Untuk Pendidikan Jasmani peiajar-pelajar mesti memakai seluar pendek
berwama biru tua atau 'track bottom' berwarna biru tua dan kemeja-T sekolah.
-
1.2 Untuk Latihan Rumah, pelajar-pelajar dibenarkan memakai seluar pendek/track
bottom (seperti 1. 1) dan kemeja-T rumah masing-masing.
-
Bilik Pendidikan Jasmani
-
2.1 Semua peralatan yang dikeluarkan dari bilik ini mesti direkod dan dipulangkan
selepas digunakan. Rekod ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Pendidikan
Jasmani atau guru Quartermaster yang bertugas.
-
2.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru Quartermaster yang
bertugas.
-
2.3 Sebarang kehilangan hendaklah dilapor secara bertulis dan diganti jika
perlu.
-
2.4 Alat-alat yang dikeluarkan hendaklah dipulangkan pada hari yang saina.
Jika perlu disimpan lebih lama kebenaran hendaklah didapatkan daripada
Guru Kanan Pendidikan Jasmani.
-
Kelas-Kelas Pendidikan Jasmani
-
3.1 Semua pelajar di dalam sesebuah kelas dikehendaki turun ke padang dan
mengambil bahagian semasa kelas Pendidikan Jasmani. Pelajar yang sakit
(dengan perakuan doktor) juga dikehendaki turun dan duduk di tempat yang
ditentukan oleh Guru Pendidikan Jasmani. Kelas-kelas hendaklah dikunci
pada niasa tersebut.
-
3.2 Pelajar-pelajar dikehendaki turun secepat mungkin untuk mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan begitu juga untuk ke kelas-kelas mata pelajaran
lain selepas Pendidikan Jasmani. Pembaziran masa harus dielakkan seboleh
mungkin.
-
Pertandingan di luar Sekolah
-
4.1 Pelajar-pelajar yang terlibat di dalam semua pertandingan yang diadakan
di luar sekolah mestilah ditemani oleh guru penasihat.
-
4.2 Keputusan pertandingan hendaklah diumumkan dalam masa perhimpunan keesokan
harinya dan dicatatkan dalam Buku Gerakerja Ko-kurikulum yang terdapat
di Pejabat.