Ukuran

Ukuran Bendera
Ukuran Tiang Bendera


Jalur Gemilang ] Sejarah Bendera Malaysia ] Maksud Bendera ] [ Ukuran Bendera ] Cara Mengibarkan Bendera ] Cara Menghormati Bendera ] Gambarajah Bendera ] Link ]


Ukuran Bendera

Jalur Gemilang mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.

  1. Bendera Biasa (Standard)
    Lebar
    Panjang
    91.5 sm (3 kaki)
    183 sm (6 kaki)

    Dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh dikibarkan di rumah kediaman.

  2. Bendera Rumah
    Lebar
    Panjang
    61 sm (2 kaki)
    122 sm (4 kaki)

Dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad.

  1. Bendera Sedang
    Lebar
    Panjang
    122 sm (4 kaki)
    244 sm (8 kaki)

Digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka yang mendapat penghormatan negara.

  1. Bendera Besar
    Lebar
    Panjang
    183 sm (6 kaki)
    366 sm (12 kaki)

Dikibarkan di Kedutaan-Kedutaan Malaysia di luar negara. Dalam negeri ia dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mengibarkan bendera ini, ketinggian tiang bendera hendaklah sesuai.

  1. Bendera Meja
    Lebar
    Panjang
    15.25 sm (0.5 kaki)
    30.50 sm (1 kaki)

Saiz bagi bendera yang diletakkan di atas meja. Digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.

  1. Bendera Kereta
    Lebar
    Panjang
    15.25 sm (0.5 kaki)
    30.50 sm (1 kaki)

Dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah-tengah, di hadapan kana atau kiri kereta. Penggunaan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada Pembesar-Pembesar tertentu sahaja.

Back



Ukuran Tiang Bendera

Ketinggian dan garis pusat tiang bendera adalah seperti berikut:

Jadual


 

Ukuran 2 Tiang

Pemasangan Dua Tiang Bendera


Ukuran 3 Tiang

Pemasangan Tiga Tiang Bendera

Back