Cara Kibar

Adat Dan Tertib
Tempat
Hari
Masa
Susunan Keutamaan
Susunan Kedudukan

* Saiz Laman besar.......Sila Tunggu..........


Jalur Gemilang ] Sejarah Bendera Malaysia ] Maksud Bendera ] Ukuran Bendera ] [ Cara Mengibarkan Bendera ] Cara Menghormati Bendera ] Gambarajah Bendera ] Link ]


Adat Dan Tertib

  1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.

  2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.

  3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.

  4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang.
    Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.

  5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.

  6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.

  7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.

  8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.

  9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera  yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan.
    Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.

Back

Tempat

Jalur Gemilang dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut:

    - Kediaman
    - Kedutaan
    - Bangunan (di luar, di dalam, di atas)
    - Pejabat
    - Kapal / Feri / Bot
    - Kapal Terbang
    - Kereta

Back

Hari

   Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri.

Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.

Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:

  • Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

  • Hari Kebangsaan

  • Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.

Back

Masa

Tradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu matahari terbit sehinggalah matahari terbenam iaitu mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan seperti berikut:

  1. Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan
    Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan.

  2. Sekolah-Sekolah
    Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan diturunkan selepas kelas terakhir tamat.

  3. Kapal dan Feri
    Dikibarkan sepanjang hari.

Back

Susunan Keutamaan

Susunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut:

    1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang
    2. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan)
    3. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah           diwujudkan)
    4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan
    5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan
    6. Bendera Syarikat

Keutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut Susunan Keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri (Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).
Susunan sekarang* seperti di bawah. Susunan ini berubah sekiranya berlaku pertukaran dalam Susunan Keutamaan disebabkan adanya perlantikan baru.

Jadual2

* tidak dapat dipastikan sama ada Susunan Keutamaan ini berubah akibat kemangkatan Al-Marhum DYMM Sultan Terengganu dan perlantikan DYMM Sultan Terengganu yang baru. (Sekiranya ada sesiapa yang dapat membantu di dalam hal ini, tolong hantarkan email. Terima kasih.)

Back

Susunan Kedudukan

Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-bendera tersebut berada:

(i)   Di Luar dan Di Dalam Bangunan
(ii)  Semasa Perarakan
(iii) Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik

 

(i) Di Luar dan Di Dalam Bangunan

a) Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan

Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.

2 bendera


Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.

3 bendera

 

b) Hari-Hari Kebesaran Negeri

Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Negeri di Negeri berkenaan.

2 bendera - negeri


Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Negeri di Negeri berkenaan

3 bendera - negeri

 

c) Mengibarkan Jalur Gemilang Dengan Bendera Negeri-Negeri

Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan bermula dari kiri ke kanan.

Susun1


Dikibarkan secara sebaris dengan keutamaan bermula dari tengah-tengah.

Susun2


Dikibarkan secara sebaris dengan dibahagi dua belah dan
keutamaannya bermula dari dalam.

Susun3

 

d) Persidangan Antarabangsa

        Bendera hendaklah dikibarkan atau disusun mengikut dua cara; berdasarkan susunan abjad nama negara-negara berkenaan dan seperti yang ditetapkan oleh pertubuhan berkenaan jika ada.

Dikibar secara dibahagi dua.

Susun4


Dikibarkan secara sebaris.

Susun5


Susunan bendera di atas meja.
(Mengikut abjad arah lawan pusingan jam)

Susun6

 

e) Kedai / Rumah

        Bila bendera dikibarkan di deretan kedai atau rumah, ia hendaklah dikibarkan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalanraya. Jika 2 bendera dikibarkan, Jalur Gemialng dikibarkan di sebelah kiri.

Kibaran di Rumah

 

f) Kedudukan Bersilang

        Dalam keadaan dikibarkan bersilang, Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan disebelah kiri dan di atas bendera yang lain.

Bersilang


        Jika Jalur Gemilang diletakkan di dalam satu kumpulan bendera negeri dan bendera swasta, Jalur Gemilang hedndaklah dikibarkan di tengah-tengah di antara dua bendera dan tiangnya lebih tinggi sedikit dari tiang-tiang yang lain. Bendera Negeri dikibarkan di sebelah kiri manakala bendera swasta di sebelah kanan.

Silang Tengah

 

g) Semasa Lawatan Negara/Rasmi

        Menjadi amalan biasa negara kita memberi penghormatan kepada pelawat, bendera negara pelawat akan diberikan keutamaan. Contoh di bawah menunjukkan lawatan Presiden Indonesia ke Malaysia.

Lawatan Rasmi Negara Luar

 

h) Acara Dalam Dewan / Bangunan / Stadium

Susunan bendera semasa seminar.

Seminar


Susunan bendera semasa mesyuarat.

Mesyuarat


Susunan bendera semasa majlis perundangan / perbincangan.

Perbincangan


Susunan bendera semasa majlis perundangan / perbincangan antara dua negara.

Perbincangan Antara Negara


Susunan bendera semasa acara sukan.

Sukan

 

(ii)  Semasa Perarakan

a) Bendera Berkibar

        Jika bendera diarak secara sebaris, Jalur Gemialng hendaklah mendahului bendera-bendera lain.

Susunan Bendera Sebaris

Arak Sebaris


        Jika bendera diarak secara sederet, Jalur Gemilang hendaklah diletakkan di tengah-tengah dan kehadapan sedikit daripada bendera-bendera lain.

Susunan Bendera Sederet

Arak Sederet

 

b) Bendera Terbentang

        Jika bendera dibawa secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan.

Jalur Gemilang Diarak Secara Terbentang

Bentang

 

(iii) Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik

Kedudukan Bendera Pada Dinding

Dinding


Kedudukan Bendera Pada Tempat Orang Berucap

Latarbelakang

        Apabila dua atau lebih bendera dipamerkan di dinding, keutamaan diberikan kepada Jalur Gemilang, Susunannya sama seperti susunan Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri mengikut keutamaan.

        Di majlis sempena lawatan negara / rasmi, kedudukan bendera negara pelawat di sebelah kiri.

Kedudukan Dua Bendera Pada Dinding

Lawatan Negara Luar

Back