![]() |
Biodata
Sivachandralingam
Sundara Raja |
||
Sivachandralingam Sundara Raja di
lahirkan di Kuala Lumpur pada 9.3.1964 dan berasal dari Raub, Pahang Darul Makmur. Beliau
mendapat pendidikan rendah di Sekolah
Rendah Mahmud, Raub (1971-76) dan pendidikan menengah di Sekolah
Menengah Mahmud Raub (1977-83). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru
sementara di sekolah yang sama antara Januari 1984-Julai
1985. Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya
pada Julai 1985 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Sejarah) dengan Kepujian Kelas Pertama pada
tahun 1988. Antara tahun 1989-1992, beliau menjadi Tutor
di Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan pada tahun 1993
memperolehi ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam bidang
Sejarah Ekonomi Malaysia. Beliau seterusnya bertugas
sebagai Pengajar Sementara di Fakulti Sastera & Sains
Sosial antara tahun 1993-1994. Pada tahun 1994, beliau
dilantik semula sebagai Tutor di Jabatan Sejarah. Beliau
dilantik sebagai Pensyarah dalam Bidang Sejarah Ekonomi
di Jabatan Sejarah pada Julai 1995. Kini beliau
menjalankan kajian Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah
Imperial British. Bidang kajian yang menjadi minat beliau
ialah Tamadun Eropah dan tamadun-tamadun lain, Sejarah
Ekonomi dan Perdagangan dan Sejarah Intelektual Barat. |
||
Ayadurai Letchumanan |
||
Ayadurai Letchumanan dilahirkan di Taiping, Perak pada 17.7.1963. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah St.George II (1970-1975) dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St.George (1976-1980). Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sementara selama dua tahun di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Allagar dan seterusnya menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dari 1986 hingga 1988. Setelah menamatkan latihan perguruan, beliau berkhidmat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Sir Chulan, Selama, Perak dari 1989 hingga 1992. Pada tahun 1992 beliau menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan sastera dan sains sosial di Universiti Malaya. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah/Pengajian Melayu) dengan Kepujian Kelas Dua Tinggi pada tahun 1996. Kini beliau berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor. |
HOMEPAGE
BIODATA
KARYA PETIKAN PENULISAN VISUAL E-MAIL
April, 1999