Visi Sekolah : SMK Jelai (F) Menjadi Sekolah Cemerlang Dalam Kalangan
Sekolah-Sekolah Felda Negeri Sembilan Menjelang Tahun 2010
pengetua
 
 
 

Web Pusat Sumber Sekolah

NEA 5056
SMK Jelai (Felda)
73480 Gemas, Negeri Sembilan
Tel / Fax : 06-4347094/4347096
Sekolah Gred A
http://www.geocities.com/smjelai
Emel - smkjelai_felda@yahoo.com.my

Web Unit Bimbingan
dan Kaunseling
 
 
 
:: Ucapan Pengetua ::

zc


Assalamulaikum w.w. dan selamat sejahtera.

Menurut Alvin dan Heidi Tofler dalam bukunya, "Creating A New Civilization", alaf ke-21 ini dilihat sebagai "Third Wave." Dunia akan mengarah kepada "high-tech and information intensive development." Gelombang ini akan bercirikan dasar langit terbuka ,"borderless world" atau dunia tanpa sempadan, berlakunya ledakan maklumat dan pertembungan budaya yang hebat.

Bersesuaian dengan kemajuan dunia maklumat tersebut, kelahiran laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (Felda) adalah amat dibanggakan. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya, laman web ini dapat diwujudkan.

Ini bermakna sekolah ini dapat dikenali dan dilawati di alam siber dalam aspek sejarah, budaya sekolah, informasi statistik dan kemanusiaan, keunikannya dan perkembangan terkini. Apa yang diharapkan ialah wadah pendidikan ini dapat diperkayakan dari masa ke masa melalui perkongsian maklumat dan pengetahuan daripada semua pihak.

Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Marilah sama-sama kita merealisasikan hasrat tersebut.
Selamat Berkunjung ke SMK Jelai (Felda).

En. Sabuddin bin Hj. Sani
Pengetua SMK Jelai (Felda)