.
.::
Visi Sekolah ::..
>> SMK
Jelai (Felda) akan menjadi sekolah cemerlang dalam kalangan
Sekolah-sekolah Felda
Negeri Sembilan menjelang tahun
2010 <<
..::
Misi Sekolah ::..
Kami warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (F)
akan :
1. Memastikan pencapaian
kurikulum dan kokurikulum cemerlang
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan memupuk sahsiah dan disiplin terpuji
3. Membina pengurusan yang telus dan kerjasama yang erat dengan komuniti
..::
Motto Sekolah ::..
>> Berdisplin, Berilmu, Beramal <<
..::
Falsafah Sekolah ::..
>> Bersama Menjana Kecemerlangan <<
..::
Kod Etika Sekolah ::..
Kami guru-guru dan kakitangan SMKJ (F) berikrar
untuk sedaya upaya mematuhi etika kerja seperti berikut:
>> Mengutamakan matlamat SMKJF dan memastikan matlamat itu tercapai;
>> Taat setia kepada SMKJF dan memberi keutamaan mendokong aspirasi organisasi;
>> Sedia menerima tanggungjawab yang diamanahkan dan melaksanakan dengan
sebaik mungkin;
>> Bertindak dengan berkesan menggunakan segala kemudahan yang ada secara
amanah, berjimat cermat dan berhemah;
>> Bersopan santun dan beradab ketika berinteraksi dengan ketua, rakan
sejawat, kakitangan sekolah, pelajar dan tetamu pada setiap masa;
>> Bertindak secara bekerjasama, sokong menyokong, bersikap profesional
dan bertolak ansur;
>> Memupuk pemuafakatan dan semangat kekitaan tanpa mengira kaum, pengalaman
dan kepakaran, dan;
>> Semasa menjalankan tugas, akan memastikan hasil kerja dan sumbangan
yang diberi bermutu tinggi.
|