Pembaharuan Meiji | Ragam Orang Jepun | Buatan Jepun Terkini | Berita Jepun | Maklumat Jepun
Masakan Jepun | Melawat JepunKebudayaan Jepun

    Di bawah langit biru, gunung Fujiyama tegap mencakar awan. Salji putih di puncak gunung disinari sang suria dan memancahkan gelang cahaya yang indah namun mistik. Bila terlihat pemandangan ini, setiap orang tidak kira sama ada dia pernah atau tidak pernah ke negara Jepun, faham atau tidak faham orang Jepun, tentu tidak akan tertahan mengeluh di hati,

"Ya ! Inilah Jepun !"
Dia tentu akan kuat terasa gunung ini, salji ini yang mengintisarikan kebudayaan Jepun yang tidak boleh dikatakan luas dan mendalam tetapi berkesinambugan panjang, yang tidak boleh dikatakan agung dan gemilang namun mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

    Tetapi, di dalam gambar di mana sejarah dan alam nyata bercampur baur ini tiba-tiba menembus masuk satu mambang baru. ia bergerak, ia pantas, memecahkan udara tebal, membawa bayu laut yang segar, berkilas melalui gunung Fujiyama. Ia merupakan simbol Jepun yang baru - Keretapi Hikari, Shinkansen. Selintas lalunya yang sekelip mata itu tidak mejejaskan kegagahan gunung serta keserian salji, tetapi meningkalan dua garis parut yang mendalam pada pemandangan sejarah ini,  tertera dalam hati orang.

    Fujiyama dan Shinkansen - satu pertemuan serta penghabluran kebudayaan Timur dan Barat.




Barangan Buatan Jepun Terkini
TV Nipis NEC Plasma X
Telefon Bimbit Tangan NTT


Ragam Orang Jepun
Profesor Lipas
Perihal Buang Air

Email : pandang_timur@geocities.com
Jemput Kunjung Kembali

Halaman ini ditaja oleh

Dapatkan Halaman Mukasurat Web Percuma : Free Home Page