Cerita kami
Salam sejahtera. Ratusan Ilham Sdn Bhd ditubuhkan pada awal tahun 1997. Syarikat penulisan skrip ini diterajui oleh empat tenaga muda. Walau pun baru hampir setahun bergelumang di dalam industri ini, kami kini mempunyai lima orang penulis di bawah naungan kami. Dan sayap Ratusan Ilham juga sudah berkembang dari penulisan skrip telemovie dan drama ke penulisan skrip bagi video korporat, majalah tv, teater, dokumentari dan juga filem. Selain dari itu, kami turut melibatkan diri dalam penterjemahan. Kami mempunyai lebih 10 orang penterjemah dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Arab. Di homepage ini anda akan dapat melihat secara kasar sebahagian dari hasil karya kami. Dan kami harap anda akan meluangkan sedikit masa untuk menilai kemampuan kami. Walau pun tenaga kami kecil, kami sentiasa mementingkan kualiti kerja kami dan kami harap selepas anda membaca skrip kami anda juga akan bersetuju dengan kami. Sekiranya anda ingin menghubungi kami, anda boleh berbuat demikian di alamat e-mail kami atau tinggalkan pesanan anda di Buku Tetamu Ratusan atau terus menelefon pejabat kami di nombor 03-6345290.
Muka depan
Khidmat kami
Rak Skrip
E-mail