Kemaskini terakhir : 17 Januari 2005 |
Paparan sesuai : 800 x 600 Internet Explorer |
Sila lawati laman baru http://a-fadhli.blogspot.com
Paparkan topik-topik sebelum ini
Setakat ini, anda pelawat yang ke:
Telah lama….. dinantikan bara Islam marak semula Manusia kegelapan merindukan cahya pembela Pasti datang….. saat itu janji tuhan pasti berlaku Di dunia bahagia syurga tuhan kekal selamanya Pada Tuhan doa dan harapan daulah Islam seluruh dunia selamatkan kami umat di akhir zaman dengan iman yang terpelihara
|
Download Khutbah Hari Raya Aidil Adha 1425H
Setelah 47 Tahun, Ke Mana Kita? (10 Ogos 2004) Suatu petang, saya minum teh di sebuah kedai makan dalam bandar Kota Bharu. Kanan saya ialah sepasang kekasih sedang minum bersama. Anak muda yang sedang bercinta seringkali tidak hiraukan keadaan sekeliling. Lelaki umurnya sekitar 20 tahun memakai baju t-shirt dan bertopi manakala perempuan dalam lingkungan umur yang sama memakai tudung tiga segi dan berseluar jean. Sekadar menunggu untuk menjemput isteri yang baru pulang mengajar, saya cuba mengambil masa untuk duduk lebih lama. Janji
Syurga : Standard SPR di Malaysia (3 Mac 2004) http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=6657 Apabila Pengerusi SPR mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana parti yang menjanjikan ‘syurga’ semasa kempen pilihanraya berlangsung (rujuk Berita Harian, 2 Mac 2004), secara spontan tidak ada parti lain yang lebih sesuai ditujukan amaran ini kecuali PAS. Bukannya kerana PAS menjanjikan ‘syurga’ secara langsung, tetapi hanya PAS sahaja parti yang dilihat setakat ini beraliran politik Islam yang tentunya tidak akan terlepas dari membicarakan soal pahala dan dosa serta secara tidak langsung mempunyai perkaitan rapat dengan ‘syurga’. (artikel penuh)
Kesal Atau Kecut? (29 Februari 2004) http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=6550
Dari jauh, menatap gambar perhimpunan
raksasa solat hajat yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Puasa Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. artikel penuh Khilafah Rasyidah dan Lahirnya Mahdi Yang Ditunggu Di dalam dunia yang bergolak panas hari ini, menyaksikan satu persatu negara umat Islam jatuh berguguran ke tangan penjajah. Selepas kejatuhan Afghanistan dan Iraq, tiada yang mampu meramalkan berhentinya serigala buas bernama Amerika dari terus memburu mangsa. Pilihanraya hujung tahun ini mungkin menjadi penyebab Bush dan armadanya berkampung di sekeliling White House bagi memastikan kelangsungan kuasa yang diberikan rakyat. Namun, bagaimana pula dengan masa-masa yang mendatang? Kejatuhan Iraq dan tertangkapnya Saddam Hussein adalah satu bukti kukuh bahawa kekuatan Amerika sebenarnya tiada tolok bandingnya. Waktu-waktu inilah, umat Islam kembali mengetuk pintu munajat mencari dan menyelongkar semula janji-janji Allah dan rasulNya tentang kemenangan dan pertolongan. Bicara umat Islam kembali berkisar sekitar kedatangan Mahdi Al-Muntazar dan zahirnya era pemerintahan khalifah rasyidin. artikel penuh Tidak Mudah Bergelar Pejuang (12 Februari 2004) Tiada berita yang lebih menggemparkan (dan juga menyedihkan) pendokong-pendokong reformasi selain melompatnya beberapa orang bekas wira Keadilan kembali ke pangkal jalan (yang sesat?) iaitu UMNO pada 11 Februari 2004. Mereka ialah naib ketua pemuda KeADILan, Zahid Mat Arip, ketua perhubungan KeADILan Negeri Sembilan, Ruslan Kasim, bekas naib ketua dan setiausaha pemuda, Hamdan Taha, pengarang akhbar rasmi KeADILan, Hanafiah Man, dan Ketua KeADILan bahagian Bentong, Pahang Dr Wahid Suhaimi. Dari jauh, hati terasa benar-benar terhiris dengan tindakan mereka yang umpama teratai layu di tasik madu, bunga yang layu sebelum berkembang mekar. Lalu, ke manakah perginya kata-kata keramat yang pernah dijulang satu ketika dahulu hingga meresap ke jiwa pendokong reformasi, Kalau takut dengan risiko usah bicara tentang perjuangan? artikel penuh Masalah
Moral : Celarunya Pemimpin Kita Pendedahan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Berita Harian, 5 Februari 2004) melalui laporan Kajian Kesihatan Seksual Reproduktif Remaja di Malaysia 2003 memperlihatkan permasalahan sosial yang berlaku di kalangan pelajar terlalu membimbangkan. Kajian yang menunjukkan ramai di kalangan remaja di negara Islam Malaysia sudah terlibat dengan seks sewal usia 9 tahun sebenarnya membuktikan bahawa kita masih jauh dari impian untuk melihat generasi muda muncul sebagai pencorak masa depan negara. artikel penuh Selagi Hukum Allah Tidak Dilaksanakan (24 Januari 2004) http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=5807
Seluruh negara gempar
apabila seorang kanak-kanak berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani
dijumpai mati selepas dirogol oleh beberapa orang lelaki keji pada 18
Januri yang lepas. Kejadian di Tanjung Kupang, Johor itu hanyalah
merupakan rentetan kepada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku lama
sebelum ini. Malah tidak mustahil ia hanya merupakan mata rantai
penyambung kepada kelangsungan peristiwa-peristiwa ngeri yang akan terus
berlaku. Soalnya, kenapa hingga di tahap itu masyarakat kita sudah
terseleweng? Adakah terdapat kesilapan dalam membancuh generasi yang hari
ini 20-30 tahun yang lampau lalu hari ini membuahkan hasil yang sama
sekali tidak mengenakkan? artikel penuh Saddam : Pengajaran Kepada Manusia Bernama ‘Pemerintah’ (24 Disember 2003)
Kenapa Melatah Digelar Yahudi? (23 Disember 2003) http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=5197 Seharusnya tidaklah wajar untuk dilayan media massa pengampu milik kerajaan Barisan Nasional yang tentunya akan terus menerus mencari jalan menghentam lawan mereka sekalipun dengan laporan bersifat berat sebelah atau ‘ayat tidak habis’. Seperti seekor anjing yang akan menjelirkan lidahnya sekalipun dihalau atau tidak (rujuk Surah Al-A’raf, ayat 176 ) begitulah sifat yang ditunjukkan oleh kebanyakan media massa milik pihak pemerintah. Apa jua isu yang dianggap menguntungkan mereka diperbesar-besarkan sekalipun dengan jalan yang tidak bermaruah. Jika difikirkan sekali imbas, golongan manakah yang sebenarnya yang mahu terus menerus ditipu oleh media massa ini? Kita pasti sebenarnya, kebanyakan rakyat sudah cukup celik dengan permainan media massa seperti ini. Cuma beberapa kerat sahaja orang-orang kampung yang masih menjadikan media massa sebagai rujukan utama mereka. artikel penuh Apakah Sebenarnya ‘Kewartawanan Membenci’? (19
Disember 2003) Tahniah wajar diucapkan kepada Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob yang mengeluarkan kenyataan yang cukup bernas ketika berucap pada majlis Hadiah Kewartawanan Malaysia 2001 tajaan Petronas yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (IAM) di Hotel PJ Hilton seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia, 18 Disember 2003. Menurut kata beliau - yang hingga kini kes rasuahnya yang pernah dilaporkan oleh Fauzi Abdul Rahman pada 28 Mac 2001 mengenai kes penyelewengan balak dan politik wang masih menjadi misteri -, golongan wartawan tidak boleh terjebak dengan fahaman `kewartawanan membenci' yang boleh mengakibatkan keadaan yang tidak tenteram di dalam sesebuah negara. artikel penuh
Kredibiliti BPR : Lambang Maruah Pak Lah (10 Disember 2003) Apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik perang mulut antara Menteri Pembangunan Usahawan Dato’ Seri Mohd Nazri Aziz dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Azmi Khalid dengan Badan Pencegah Rasuah beberapa hari kebelakangan ini? Nampak seolah-olah satu lakonan sedang dipentaskan di hadapan rakyat jelata bagi mengisyaratkan tentang satu perkara yang sekian lama berlaku di dalam tanahair. Perang mulut yang berlaku ini sebenarnya satu ujian yang cukup besar kepada kredibiliti Pak Lah yang sedang ‘berbulan madu’ dengan jawatan PM. Apatah lagi, BPR di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. artikel penuh Ke Arah Mana Ibrahim Ali? (2 Disember 2003)
Dari
Kaherah, mendengar berita mengenai pengguguran Dato’ Paduka Ibrahim Ali
dari jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas sebenarnya adalah
satu perkara yang tidak mengejutkan. Inilah sebenarnya politik. Ia umpama
roda yang bergerak ke atas dan ke bawah. Ibrahim Ali tentunya seorang yang
cukup arif dengan sepak terajang politik tentunya menganggap ini sebagai
perkara biasa di dalam hidup seorang ahli politik. Lagipun, bukankah
Ibrahim berjuang untuk ‘agama, bangsa dan negara’ sebagaimana yang
sering didakwanya? Pastinya seorang yang ikhlas berjuang tidak akan
mementingkan soal jawatan, malah sanggup menjadi seorang gurkha
sebagaimana bekas bosnya yang sekian lama ‘beraja’ di Gua Musang? artikel
penuh Puasa Enam Hari di Bulan Syawwal (24
November 2003 / 30 Ramadhan 1424 Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha’ dan puasa enam hari di bulan Syawwal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan pausa yang satu? Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qadha’ dan puasa enam dengan berniat puasa qadha’ dibulan Syawwal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha’ terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. artikel penuh
(11 November 2003M / 17 Ramadhan 1424H)
Tarikh
keramat 17 Ramadhan adalah satu ulang tahun - salam perpisahan buat bumi Malaysia dan penghuninya, diri ini pasti akan kembali.. ke dakapanmu bumi bertuah, kerana darah ini mengalir, nafas ini berhembus dan nadi ini berdenyut hanya untuk melihat dirimu tertegak dengan kalimahNya... - Merdekakah kita? (31 Ogos 2003) "Di atas runtuhan kota Melaka, kita bina bangsa yang merdeka…" Slogan patriotik yang bergema dalam setiap sudut ruang negara apabila menyambut hari kemerdekaan negara adalah satu gamitan untuk mengenang kembali notalgia perjuangan generasi terdahulu dalam membebaskan nagara daripada belenggu penjajahan. Laungan untuk memerdekakan negara adalah satu manifestasi dari fitrah manusia yang tidak ingin berada di bawah kongkongan orang lain. Tidak sedikit darah yang tumpah dan peluh yang menitik semata-mata untuk menyaksikan bendera negara yang berdaulat berkibar dengan megah. artikel penuh
Perjuangan : Hidup Mulia atau Mati Syahid (3 Ogos 2003)
Jatidiri Muslimah (18 Julai 2003) Dunia terus bergerak ke depan meninggalkan coretan-coretan kenangan pahit manis di dalam sejarah manusia. Melangkah ke abad 21 menyaksikan bagaimana Islam seolah-olah menjadi musuh utama kepada manusia. Keganasan, penindasan, ketidakadilan sosial, diktator dan pelbagai lagi isitilah-istilah yang kurang enak dikaitkan dengan Islam. Dalam masa yang sama, kelompok-kelompok yang menyintai sistem Islam mula diterima di tempat masing-masing. Kebangkitan kelompok pro-Islam di Turki dan Pakistan pada tahun 2002 adalah implikasi tidak langsung kepada tuduhan melulu yang dilemparkan oleh musuh-musuh terhadap Islam ekoran peristiwa 11 September 2001. artikel penuh Apa Salahnya Perigi Mencari Timba? (1 Julai 2003) Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, “Sudikan awak mengahwini saya..?” Apa pandangan anda? Mungkin terlintas di hati anda, “Alangkah tak malunya wanita ini..” Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama pada 1 Julai 2003. Beliau semasa menjawab soalan tambahan di Dewan Negara menyatakan bahawa kementeriannya akan mengadakan program ‘bertemu jodoh’ sebagai salah satu langkah menangani masalah wanita yang berpendidikan tinggi yang lambat berkahwin. artikel penuh Penerbitan
Dan Kepentingannya Dalam Era Siber Kini (12 Jun 2003) Amar Makruf Nahi Munkar : Kewajipan Mukallaf (28 Mei 2003) Islam adalah satu agama yang lengkap dan sempurna. Keindahan dan kesumulan Islam adalah satu fakta yang sama sekali tidak boleh disangkal oleh sesiapa sekalipun. Tidak wujud satu agama yang boleh menandingi Islam dari sudut kesempurnaan dan keindahannya. Di dalam Islam, seseorang individu diwajibkan untuk menyempurnakan tuntutan-tuntutan yang difardhukan ke atasnya samada dari aspek hubungan dengan Allah, hubungan dengan diri sendiri atau hubungan dengan manusia. Di antara agenda utama yang terkandung di dalam hubungan dengan sesama manusia ialah amar makruf nahi munkar. Artikel penuh Keterlibatan Wanita Dalam Serangan Berani Mati : Apa Pandangan Islam? (23 Mei 2003) Apabila seorang pelajar perempuan jurusan sastera berumur 19 tahun meletupkan dirinya dalam satu serangan berani mati pada 20 Mei lalu, beberapa persoalan mula timbul, bolehkah wanita melibatkan dirinya dalam serangan berani mati seperti ini? Bagaimana seandainya dia tidak mendapat kebenaran daripada walinya untuk berbuat demikian, haruskah perbuatannya itu? Dan bagaimana hukumnya apabila dia terpaksa mendedahkan sebahagian auratnya apabila ingin melakukan serangan sebagai salah satu teknik penyamaran agar dirinya tidak disyaki lalu memudahkan rancangan melakukan serangan? Manhaj Dakwah Nabi Ibrahim Di Dalam Al-Quran Saya memilih untuk menulis di bawah tajuk Manhaj Dakwah Nabi Ibrahim Di Dalam Al-Quran. Ia adalah berdasarkan kepada pemerhatian kepada suasana masyarakat yang jelas sekali memerlukan kepada lahirnya golongan pendakwah yang boleh berperanan dengan baik dalam menyebarkan mesej dakwah. Namun, di dalam menyebarkan dakwah, golongan pendakwah sendiri sering terpesong daripada manhaj-manhaj dan kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Islam sendiri. Hasilnya, dakwah tidak berjaya disampaikan dengan sempurna atau pendakwah sendiri gugur di dalam perjalanan dakwah. Senario ini akhirnya menjadi satu fenomena biasa di kalangan masarakat menyebabkan kefahaman sebenar tentang Islam tidak berjaya dipupuk dengan baik. Faktornya terlalu banyak, antaranya ialah kegagalan memahami method dakwah seperti yang disarankan oleh Al-Quran sebagaimana yang diamalkan oleh para nabi.
|