PENGENALAN
Dokong dipercayai berasal dari kawasan Sipol, selatan Thailand. Nama Dokong berasal dari perkataan
"dukung" kerana petani yang mempersembahkan kepada raja Thai terpaksa "mendukung" buah tersebut.
Hanya terdapat sejenis dokong sahaja yang ditanam di Kelantan. Walaupun ramai pembeli atau peminat
dokong mencari-cari dokong yang bermuncung tetapi, baik yang bermuncung atau bulat adalah sama. Buah
yang bermuncung disebabkan terlalu lebat dalam satu tangkai. Walaupun dokong tulin hanya satu tetapi terdapat beberapa jenis dari keluarga langsat yang mempunyai
ciri-ciri dokong seperti dokong air dan dokong kelembem. Bagi mereka yang baru mengenali dokong keadaan
ini sering terkeliru.. Dokong asli mempunyai rasa yang manis apabila cukup masak, isi yang pejal dan berbau harumPemilihan Anak Benih
Pokok dokong boleh ditanam sama ada dari benih cantuman atau anak biji.
Penanam dokong mempunyau pendapat yang berbeza sama ada anak cantuman atau
anak biji lebih baik. Setakat ini belum ada keputusan tentang mana yang lebih baik.
Anak Cantuman (cantuman baji)
Pokok lebih rendah (senang mengambil buah) mempunyai dahan yang banyak dan
mengambil masa 6 hingga 7 tahun untuk berbuah. |
Anak Biji
Pokok lebih besar, tinggi dan lebih kuat.
Pokok anak biji tahan serangan penyakit.
Mengambil masa 9 hingga 12 tahun untuk berbuah.
 |
Cara Menanam
Jarak tanaman yang sesuai ialah 8m x 8m. Jarak yang lebih dekat akan
mengakibatkan pokok terlalu rapat dan dahan berbentu penyapu lidi.
Jika pokok pisang dapat ditanam di sebelah timur dan barat pokok dokong
adalah lebih baik. Pokok pelindung seperti ini amat perlu pada peringkat
awal penanaman. Kacang tutup bumi juga beleh ditanam. Penyediaan lubang dan
teknik menanam sama seperti pokok lain. Cantasan Dahan
Pokok dokong seperti juga pokok lain memerlukan cantasan dahan
bagi membentuk rimbun pokok. Antara ciri-ciri dahan yang tidak diingini
dan perlu dicantas ialah dahan yang berbentuk "V", bercabang pada bahagian
pangkal (hampir dengan tanah) ini dikhuatiri akan menjadi dua batang pokok
apabila besar. Selain itu dahan bahagian dalam, dan sulur air perlu dicantas.
Dahan atau ranting yang terlindung daripada cahaya matahari juga perlu
dicantas. Masa yang paling sesuai untuk memangkas ialah selepas memungut buah.
Cantasan Bunga
Bagi mendapat buah yang bermutu dan besar, bunga harus dijarangkan
mengikut kemampuan pokok. Pada cantasan peringkat pertama 2 -3 tangkai
sahaja disimpan.
Pada cantasan kedua hanya satu tangkai sahaja disimpan.
Dengan membuat cantasan ini berat buah boleh mencapai satu kilo setangkai.
Bunga yang mesti dicantas ialah bunga yang tidak subur, bunga yang berada
dicelah dahan,
dan bunga yang menegak ke atas.
|