PENGENALAN
Jawatankuasa Pengadil SAFA Daerah Keningau adalah salah sebuah jawatankuasa
kecil dalam Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), di Zon Pedalaman Atas. Jawatankuasa
ini ditubuhkan adalah untuk mengendalikan hal-ehwal ahli-ahli pengadil
bola sepak yang berdaftar dengan SAFA dan sedang bertugas di Daerah Keningau.
Para ahli jawatankuasanya terdiri daripada para ahli pengadil SAFA sendiri
yang sedang bermastautin di Daerah Keningau, yang mana ahli-ahli jawatankuasanya
dilantik dalam mesyuarat agung tahunan jawatankuasa tersebut.
OBJEKTIF
-
Menangani segala masalah dan hal-ehwal ahli-ahli pengadil SAFA .
-
Merancang aktiviti-aktiviti tahunan yang berkaitan dengan pembangunan pengadil.
-
Membantu meningkatkan mutu bola sepak di Daerah Keningau khasnya, dan di
Zon Pedalaman Atas dan Sabah amnya, dengan menganjurkan pertandingan-pertandingan
bola sepak.
-
Mengendalikan kursus asas pengadil bola sepak dan mendaftar ahli-ahli baru
yang berminat menjadi pengadil bola sepak.
-
Membantu membuat pendaftaran ahli-ahli yang ingin mengikuti peperiksaan
asas yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ahli Jawatankuasa | Senarai
Pengadil | Aktiviti Tahunan | Piala
Pengadil | MUKA DEPAN
|
 |
|