Pada 10 Februari 1998 bersamaan dengan 12 Syawal 1418H , bertempat di Hotel
Metro Inn Kajang telah berlangsung Malam Anugerah PERDANA untuk sesi
97/98. Majlis anjuran Sekretariat Naib Yang Di Pertua PERDANA itu yang
secara tradisinya di sambut oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim
(PERDANA), telah melangkah setapak lagi dengan pelancaran Laman WEB PERDANA
yang di harap akan menggarap survival persatuan di masa-masa akan datang.
Majlis makan malam ini juga dapat menjadi medium suasana muhibbah di antara
anak jati Kelantan di UKM.
Majlis yang bertemakan "MAHASISWA IDEALIS PENCETUS ASPIRASI BANGSA" itu
dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Menteri
Besar Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,
Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan. Diantara objektif dan
maklumat Malam Anugerah PERDANA ialah bagi membina dan memupuk mahasiswa/i
Kelantan yang mantap dan jati diri berasaskan program-program persatuan
yang bertunjangkan penghayatan nilai-nilai Islam, pengekalan warisan budaya,
perpaduan yang erat dan aplikasi pengetahuan semasa serta membina dan memupuk
semangat kekeluargaan sesama ahli PERDANA dan kakitangan UKM, khasnya yang
berasal dari Kelantan, disamping meraikan kecemerlangan anak-anak Kelantan
di dalam bidang akademik dan sukan.
Majlis makan malam ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar UKM, Prof Dato' Dr Wan Hashim Wan Teh, pegawai-pegawai dan
kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia, para jemputan khas
serta ahli-ahli PERDANA.
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH PERDANA
1. Wan Mazilah Wan Mohd
Zin
FPP
2. Mohd Azuri
Zukainan
FE
3. Arifaizah Abdullah
FPER.
4. Naimah Isa
FPEN
5. Wan Azilal Aini Wan
Abdul Kadir
FPEN
6. Mohd. Zainuddin Awang
Ahmad
FKEJ
7. Christopher Anderson
Kanny
FSSA
8. Noorzuraini Awang
FSKK
9. Sharon Ling Shave
Nee
FSKB
10. Suharni Mohammad
FSKB
11. Zukeri Othman
FPI
12. Rohani Kadir
FPI
13. Ahmad Faris Abdul
Razak
FSM
14. Chew Chin Chang
FSFG
15. Asnuzilawati Asari
FSFG
16. Tan Chun Seong
FTSM
17. Suhaidi Badri Yusoff
FTSM
18. Tuan Hajjaral Aswani
Tuan Ibrahim FUU
19. Maheswari a/p Rajendran
FPB
20. Chee Chin Yang
FSP
UCAPAN
DASAR
YANG
DIPERTUA PERDANA SESI 97/98
Bismillahirahmanirahim
Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah
Rabbul Jalil
di atas rahmat dan kasih sayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W
Saudara/i mahasiswa Kelantan
yang dihormati,
Selamat kembali ke bumi
UKM dan tahniah di atas keputusan peperriksaan semester 1. Semoga selepas
ini kita dipermudahkan Allah untuk meneruskan tanggungjawab kita sebagai
pelajar sekaligus sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Saudara/i yang dikasihi,
Sejajar
dengan ledakan teknologi maklumat masakini maka saf pimpinan PERDANA sesi
ini telah merangka beberapa program yang menjanjikan perubahan sama ada
perubahan major atau minor. Tidaklah menjadi hal, apa yang pasti
setiap program yang bakal dijalankan memerlukan komitmen yang mapan
daripada ahli PERDANA. Marilah sama-sama kita buktikan bahawa kita adalah
mahasiswa berketrampilan yang bakal menerajui alaf baru negara masa kini.
Profile sejarah telah membuktikan mahasiswa kelahiran negeri Cik Siti Wan
Kembang memang berkualiti dan disegani. Sudah ramai siswazah Kelantan yang
berjaya menjadi 'Orang Besar' dan banyak memberi sumbangan kepada negara.
Warga PERDANA yang dialukan,
Dalam
kesibukan kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar, janganlah
lupa tanggungjawab kita kepada Pencipta, ibu bapa, keluarga, masyarakat
dan negara serta diri sendiri. Tunaikanlah tanggungjawab kita sesempurna
dan seikhlas mungkin dan hiasilah diri dengan keluhuran sahsiah. Sama-samalah
kita renugi sabda Rasul junjungan yang bermakhsud " Setiap dari kamu adalah
pemimpin dan dari kamu akan ditanya mengenai pemimpin ".
Akhir kata, selamat menjadi
ahli keluarga PERDANA.
[SEJARAH
& OBJEKTIF][VISI & MISI][AKTIVITI][EXCO
97/98]
[LINK][GUESTBOOK][VIEW
GUESTBOOK]
Hompej ini telah diziarahi sebanyak
kali semenjak 23 Disember 1997
Tandatangan
Buku Pelawat
Lihat Buku Pelawat
SEBARANG KOMEN & CADANGAN
SILA E-MAIL KEPADA :
webmaster
ATAU KEPADA :
Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul
Naim
d/a Pejabat PMUKM
Paras 1, Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
This page hosted by
Get your own Free Home Page
The Best Things In Life Are
Always FREE...
Design
© 1997 Fauzan Mohamad
Best Viewed with :
Last
Update : 15/1/98