'ALAM CAKERAWALA BUKTI KEKUASAAN ILAHI'
 

Menu Utama

Sepintas lalu
Sejarah
Lawatan ke UTM
Lawatan Pengarah Mara
 

Sepintas lalu....

Jika kita perhatikan alam sekeliling kita, melihat segala kejadian yang telah tercipta, tentu kita akan terfikir mengenai siapa penciptanya yang mampu mencipta dan mereka alam  dengan begitu kemas dan teratur. Tanda tanya kita mungkin bertambah apabila kita memandang ke atas .Bintang - bintang yang begitu indah dan menakjubkan itu menghiasi dada langit tidak kira waktu dan masa menceriakan lagi malam kita.Di dalam Al - Quran ada menyebut mengenai kejadian buruj dan bintang ini,iaitu bermaksud…

"Demi langit yang mempunyai gugusan bintang "
Surah Al Buruj :Ayat 1

Selain itu,kejadian bulan dan matahari yang mrlampaui batas akal manusia begitu menakjubkan.Begitulah hebatnya kuasa Allah Taala Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa atas segala - galanya.

  Bidang astronomi sudah terkenal sejak dari zaman purba dahulukala lagi.Kejadian  jasad - jasad samawi yang berada diluar orbit bumi ini menarikn hati dan minat ramai orang perseorangan untuk mengkajinya secara lebih dekat lagi, ekoran daripada itu ,muncullah tokoh - tokoh astronomi seperti Ibn Sina.Kelab Astronomi MRSM Jasin telah ditubuhkan selama 13 tahun di MRSM Jasin.Bagi sessi 1997/1998 ini , keanggotaan kelab adalah seramai 61 orang sahaja.perjumpaan ahli kelab diadakan sekali seminggu. Aktiviti yang dijalankan merangkumi kuliah  dan cerapan. Selain itu kelab ini juga menjadi tuan rumah didalam menganjurkan Kem Astronomi yang diadakan pada tiap - tiap tahun.

  Yuran untuk keahlian kelab adalah sebanyak RM30.00 sahaja.Yuran sebanyak RM1.00 juga dikutip pada  setiap akhir bulan.Kegagalan ahli kelab membayar yuran tersebut boleh membuatkan mereka disingkirkan daripada kelab dengan syarat mendapat persetujuan 1/3 ahli kelab.Setiap ahli diberi lencana kelab dan juga buku rujukan yang digunakan sewaktu kuliah.Lencana hendaklah dipakai setiap kali ada perjumpaan kelab, samada rasmi ataupun tidak rasmi. Apabila sudah tamat pengajian selama dua semester, setiap ahli akan dianugerahi sijil penyertaan membuktikan penglibatan mereka didalam kelab ini. Kelab Astronomi adalah satu - satunya kelab di MRSM Jasin yang mempunyai sijil dan lencana sendiri.Pelbagai keistimewaan didapati hasil daripada keaggotaan kelab, contohnya mendapat Buletin Asronomi dan kebenaran untuk masuk ke Pusat Astronomi pada bila - bila masa sahaja.Namun, bagi sessi 1998/1999 ini, kami telah mengetatkan syarat dalam pengambilan ahli baru ,iaitu setiap ahli dikehendaki mendapat 'pointer' sekurang - kurangnya 2.5 ke atas didalam peperiksaan semester pertama tingkatan empat.

"Alam Cakerawala Bukti Kekuasaan Ilahi " adalah motto kelab kami.Kami memilih motto itu kerana kami yakin disebalik kejadian alam ini tersimpan seribu satu rahsia mengenainya. Ia juga membuktikan kekuasaan dan kehebatan penciptanya iaitu Allah Yang Maha Besar.seperti didalam Al Quran,ada dinyatakann tentang hal ini ,ayatnya ,bererti
"Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang dan Dia menjadikan juga bintang yang bercahaya"
Surah al Furqan:Ayat 61
   Akhir sekali,kepada semua ahli yang telah banyak memberi  kerjasama dan komitmen yang tinggi,semoga ilmu yang kita pelajari ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah Subbhanahuwataal. Semuga Tuhan merestui ilmu yang kita timba selama ini….Amin.
 

"Membongkar Cakerawala,Mengingkap Rahsia Alam Semesta"
 
Sejarah

  Kelab Astronomi MRSM Jasin mula ditubuhkan pada tahun 1984 .Hasrat untuk menubuhkan kelab ini timbul kerana pada tahun itu ,terdapat komet yang akan melintasi ruang udara negara kita. Didorong rasa minat dan perasaan ingin tahu ,mereka berpakat untuk menubuhkan kelab ini, kebetulan pula pada ketika itu Cikgu Kassim Bahali baru sahaja berpindah ke MRSM Jasin dan beliau mendapati kawasan MRSM Jasin yang strategik amat sesuai untuk memerhati bintang dan bulan kerana faktor langit yang luas. Pada awal penubuhannya,ia hanya mempunyai bilangan ahli seramai 30 orang sahaja dan bilangan ini meningkat dari tahun ke tahun.

Lawatan Ke Universiti Teknologi Malaysia (UKM)

Pada 9 Julai 1988, Kelab Astronomi MRSM Jasin telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Lawatan ini merupakan salah satu dari aktiviti kelab yang melibatkan perhubungan dengan badan - badan luar atau agensi perseorangan yang terdapat di luar MRSM Jasin.Lawatan ini disertai oleh seramai 27 orang pelajar yang kesemuanya adalah ahli Kelab Astronomi MRSM Jasin. Rombongan ini terdiri daripada 12 orang pelajar putera dan 15 orang puteri dan diketuai oleh presiden kelab ketika itu iaitu Zulkarnain bin Mahamad Sori. Mereka diiringi oleh tiga orang pengiring iaitu penasihat kelab,Cikga Kassim Bahali, Ustaz Yusof Salleh dan Encik Nasaruddin.

Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman ahli kelab.ia juga bertujuan untuk memperkenalkan dan menjalinkan hubungan antara ahli Kelab Astronomi MRSM Jasin dengan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Daripada lawatan itu, para ahli telah mendapat banyak manfaat seperti mendapat maklumat lanjut yang lebih jelas mengenai ilmu astronomi ini di samping dapat mengetahui ciptaan - ciptaan terbaru di dalam bidang ini hasil perkembangan teknologi semasa.

 Sehingga kini,setelah 14 tahun penubuhannya ,ia telah menjadi sebuah kelab yang terkenal dan elit. Jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah banyak berkorban untuk Kelab Astronomi MRSM  Jasin . Budi baik anda akan kami kenang hingga akhir hayat kami.Semuga kelab ini akan menjadi kelab yang unggul di MRSM Jasin di masa hadapan.
 

Lawatan Pengarah MARA

 Pada  9 Februari 1998,  Pengarah MARA , Datu’ Nik Mohd. Affandi bin Nik Yusuff , telah melawat Pusat  Astronomi MRSM Jasin . Kedatangan beliau  bertujuan untuk melihat lebih dekat lagi perjalanan Kelab Astronomi MRSM Jasin . Ini adalah kerana beliau berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh kami di samping minat beliau sendiri yang mendalam dalam bidang astronomi. Kedatangan beliau telah diiringi oleh penasihat kelab , Tuan Haji Kassim Bahali , guru-guru dari Unit Program Khas Pendidikan (PKP) , ` Sterring Community’ , Ayahanda Pengetua , Tuan Haji Asrokin bin Sanuji serta guru-guru pengiring hari itu.Lawatan selama kira-kira 30 minit diisi dengan penerangan mengenai segala bahan pameran yang terdapat di dalam Pusat Astronomi kami. Beliau mengakhiri lawatan beliau dengan ucapan `selamat berjaya’ dan semoga kelab kami akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
 

"Dan matahari berjalan ditempat peredarannya,Demikian ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui"
 
Surah Yaasin : ayat 36
 
BACK