"ALAM CAKERAWALA BUKTI KEKUASAAN ILAHI"

 

 

Menu Utama

Pengenalan/ Introduction
Ekspedisi Gerhana Matahari/The Solar Eclipse Expedition
Kem Astronomi/Astronomy Camp
Pameran Astro/Astronomy Exhibition
Cerapan/Observation
Kuliah/Lecture
Penggunaan Teleskop/Telescop Usage
Buletin/Bulletin

Pengenalan/Introduction

Kelab Astronomi MRSM Jasin merupakan kelab yang terunggul dan berprestij di MRSM Jasin. Di tubuhkan pada   1984  , ia  menjadi satu kelab yang paling dihormati dan mampu bersaing dengan kelab astronomi  lain di Malaysia. Keunggulannya diikhtiraf oleh Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dengan bilangan  ahli  yang dihadkan iaitu kira-kira  60 orang telah menjadikan ia sebuah kelab yang elit dan menjadi sebutan ramai. Komputer, binokular, teleskop serta poster-poster  yang berkaitan merupakan antara kelengkapan yang  terdapat di Pusat Astronomi kepunyaan kelab ini. Setiap ahli dibekalkan dengan lencana dan buku nota berkaitan dengan ilmu astronomi. Setiap penyampaian adalah berasaskan teori dan praktikal.
    Selain dari itu, kelab kami juga mengadakan aktiviti cerapan dan kuliah astronomi pada setiap hari Ahad. Melalui aktiviti cerapan, kami telah berpeluang untuk mengkaji lebih dekat fenomena alam seperti gerhana bulan, gerhana matahari, kejadian komet seperti komet Halle-Bopp dan kedudukan buruj.
The Astronomy Club of MJSC Jasin is the foremost and prestigious club in MJSC Jasin. Formed in 1984, it is one of the most respected clubs and can stand on it's own among other astronomy clubs in Malaysia.It is even recognised by the Ministry of Science  and Technology and the Enviroment and by MARA itself. With membership limited to only 60 people, it is one of the most elite and coveted clubs. At its own Astronomy Centre, computers, telescops, binoculars and relevant posters are available to be used by the members. Every member is given a badge and a notebook on astronomy. The lectures given  are based on theory and practice.
 Other than that, the club also does observation activities and
held lectures on astronomy every Sunday night. Through observation, we are able to study more closely phenomenons such as lunar eclipses, solar eclipses, comets like the Halle-Bopp and the constellations.
MENU UTAMA/MAIN MENU

Gerhana Matahari/ Solar eclipse

24 Oktober 95- Seramai dua pelajar dan seorang guru dari Kelab Astronomi MRSM Jasin telah ke Kudat, Sabah untuk melakukan cerapan gerhana. Pelajar tersebut ialah Abd.Azim Abd Rahman, Nor Hisham Rahmat dan En.Kassim Bahali, guru Fizik dan Astronomi. Mereka dibantu oleh En. Zaki Ishak, seorang tenaga akademik Maktab Sabah yang telah bersusah payah menyediakan tempat penginapan dan pengangkutan istimewa "Ninja". Lokasi tempat mereka ialah di Matunggong, satu daerah kecil dan terpencil tetapi bukan di pedalaman. Ia terletak kira-kira 250 km dari Kota Kinabalu. Matunggong adalah antara tempat laluan gerhana penuh matahari(100%). Selain dari Matunggong ada juga cerapan di beberapa tempat lain seperti di Pekan Kudat, Pantai Indrason dan  Sandakan.
24th October '95- Two students and an advisor from the club has gone to Kudat, Sabah to do a solar eclipse observation. They were Abd Azim Abd Rahman, Nor HIsham Rahmat and Mr. Kassim Bahali, their Physics teacher and club advisor. They were helped by Mr Zaki Ishak, a teacher from Sabah College who has provided them with accommodations and a special vehicle, "Ninja". The location was Matunggong, a small and isolated district, 250 km from Kota Kinabalu. This one of the places where a total eclipse can be seen. The were other observation sites as well, such as Kudat Town, Indrason Beach and Sandakan.
    Sejak awal pagi 24 haribulan Oktober peminat, para saintis dari seluruh dunia serta orang awam telah membanjiri Matunggong. Cuaca di awal subuh dan pagi hujan turun agak lebatnya menggusarkan pengunjung dan ahli astronomi tetapi cuaca bertambah baik selepas jam lapan pagi. Terdapat tiga lokasi cerapan (A,B dan C) yang disediakan oleh Perbadanan Penggalakan Pelancongan Sabah (STDC) di Matunggong. Cerapan kami di lokasi A yang dikhaskan untuk VIP dan saintis .
   Since the early morning of 24th October, observers and scientists around the world has gathered in Matunggong. The early dawn weather and the morning rain has worried the visitors and astronomists but it improved after 8am. The were 3 observation points (A,B and C) provided by the Sabah Tourism Agency (STDC) in Matunggong. We observed from point A, reserved for VIPs and scientists.
    Gerhana penuh matahari bermula dengan sentuhan pertama apabila pinggir bulan mula menyentuh pinggir cakera matahari pada pukul 11:03 pagi . Semasa sentuhan pertama ini kelihatan tompok hitam (sunspots) di permukaan matahari. Ia merupakan satu kawasan yang dingin di permukaan matahari berbanding dengan kawasan di sekelilingnya . Matahari ditutupi oleh bulan  sedikit demi sedikit sehingga kelihatan seperti sabit yang halus dan akhirnya ditutupi keseluruhannya oleh bulan . Sentuhan ni dinamakan sentuhan kedua iaitu bermulanya gerhana penuh. Sentuhan kedua ini tepat berlaku pada pukul 12:44 tengahari selama 2 minit 11 saat. Suasana ketika ini menjadi gelap telah maghrib dan suhu juga turun menjadikan keadaan menjadi dingin. Burung-burung di Matunggong berterbangan seperti hendak pulang ke sarang masing-masing kerana mungkin menyangka hari sudah malam . Ketika ini matahari boleh dilihat dengan mata kasar kerana cahaya terangnya telah di lindungi bulan dan kelihatan di sekelling cakera matahari cahaya korona yang berwarna putih lembut mengunjur keluar.
   The full eclipse started with the first touch when the edge of the moon begins to 'touch' the edge of the solar disk at 11.03am Sunspots can be seen on the sun's surface then. They are areas on the sun's surface where the temperature  are lower than their surroundings.The sun was gradually covered by the moon until only a soft golden crescent was seen until that too, was gone. With that, it is called the second touch where total eclipse happens. It happened exactly at 12.44pm and lasted for 2 minutes 11 seconds. The area lookes like it was dusk and  the temperature lowered. Birds were flying around as if to go back to their nests, thinking the day was over. At this time, the sun can be seen with the naked eye and around the lunar shadow, a soft white corona is visible.
   Selain itu juga kelihatan cahaya prominen yang berwarna merah menghambur keluar dan boleh mencapai beberapa juta km jauhnya. Oleh kerana pada tahun ini aktiviti matahari adalah minimum, tidak banyak jumlah cahaya korona dapat diperhatikan. Begitu juga dengan prominen. Ramai yang berasa takjub dan kagum melihat fenomena tersebut yang jarang berlaku dan mungkin sekali seumur hidup sehingga ada yang mengalirkan air mata kerana menyaksikan kehebatan dan kekuasaan tuhan. Kami juga sempat memerhatikan fenomena ganjil yang dikenali sebagai Fenomena Telur Berdiri.
  Other than that, red coloured prominences can be seen shooting out of the sun's surface, up to a few million kilometres high. Because at the time of the year, the sun's activities are at a minimum, not many coronas are visible, as with prominences as well. A lot were amazed at what was happening and a few has shed tears. thinking of the Greatness of God. We also had the opportunity to see the strange Standing Egg Phenomenon
    Sentuhan ketiga pada pukul 12:47 tengahari apabila matahari mula muncul semula .Kemunculan semula  matahari ini dapat disaksikan dengan kelihatan sebahagian kecil cahaya halusnya keluar melalui celah-celah gunung di bulan. Kesan ini dinamakan cincin berlian kerana bentuknya seakan-akan cincin berlian yang mempunyai permata yang berkilau. Selain itu kelihatan juga kesan manik Bailey iaitu lingkaran cahaya matahari yang mula nampak dan terputus-putus akibat cahaya itu dihalangi oleh gunung-gunung di bulan.
   The third touch was at 12.47pm when the sun appeared again. We saw some of the sun's light pass through the lunar valleys, creating what was called the diamond ring effect because of the resemblance to a brilliant diamond ring. After that  it was the Bailey beads effect where more sunlight escaped throught the valleys and looked disjointed here on Earth.
    Sentuhan terakhir bulan dengan matahari pada pukul 2:22 petang dinamakan sentuhan keempat itu matahari kelihatan seperti asalnya.
    The last phase was the fourt touch at 2.22pm where the sun was restored to its original form.
Menu Utama/Main Menu

Kem Astronomi 1995/ Astronomy Camp 1995

   Selain itu,Kelab Astronomi MRSM Jasin menjadi tuan rumah didalam menganjurkan Kem Atronomi.Kem yang pada kebiasaannya di adakan pada cuti semester ini adalah anjuran bersama Bahagian Pelajaran Menengah MARA (BPM) dengan kerjasama Kelab Astronomi MRSM Jasin.Yuran untuk penyertaan adalah berjumlah RM60.00 sahaja. Sepanjang kem ini, para peserta diajar mengenai ilmu - ilmu yang berkaitan dengan astronomi, contohnyateori pembentukan alam sekitar,buruj,tokoh - tokoh astronomi dan penggunaan teleskop di dalam aktiviti cerapan.Cerapan dengan menggunakan mata kasar guna diadakan pada malam hari.Mereka juga diajar membuat alatan - alatan yang digunakan oleh ahli - ahli astronomi di zaman dahulukala seperti teodolit,jam suria dan carta bintang.diakhir penyertaan, peserta akan dianugerahi sijil penyertaan membuktikan penyertaan mereka didalam kem ini.
   Our club has also played host in Astronomy Camp. This camp is usually held during the semester holidays was sponsored by the Secondary Education Division of MARA and
Jasin MJSC Astronomy Club. The fee was only RM60. Throughout the camp, campers were taught about things  related to astronomy, like the formation of the universe, constellations, famous astronomy figures and how to use the telescope during observations. Observation with the naked eye was held at night. They were also taught to make equipment used by astronomers longago, such as theodolyts, sun clocks and star charts. At the end of the camp, campers were given certificates to prove that they have taken part.
Menu Utama/Main Menu

Pameran Astro/ Astronomy Exhibition

    Pada Minggu Aktiviti Semester pertama 98,  kelab kami telah mengadakan Pameran Astro bertempat di Dewan Bendahara MRSM Jasin khas bagi pelajar Tingkatan 5. Pameran ini bertujuan untuk memberi peluang pelajar yang bukan ahli kelab astronomi untuk menerokai alam astro dan menambah pengetahuan tentang astronomi mereka. Kebanyakan bahan pameran terdiri daripada hasil kerja ahli kelab astro sendiri seperti scrap book, carta, model, Laluan Buruj dan lain-lain. Selain dari itu, terdapat pertunjukan slaid dan filem Independance Day. Pengunjung juga berpeluang untuk menyertai Kuiz Astro. Pemenangnya adalah seperti berikut.

PERTAMA: 5 Amir Hamzah
KEDUA:      5 Hamzah Fansuri
KETIGA:     5 Dr. Burhanuddin Helmi

   During the 1st Activity Week in the first semester of 1998, the club has held an Exhibition in Bendahara Hall, especially for Form 5 students. It was to give non-club members a chance to explore the world of astronomy and to add to their knowledge. Most of the items on exhibition were made by members, old and new, like scrap books, charts, models a Constellation Walkway and others. There were slide shows and a screening of the movie 'Independence Day'. An Astro Quiz were also held. The winning classes are...

1st: 5 Amir Hamzah
2nd: 5 Hamzah Fansuri
3rd: 5 Dr Burhanuddin Helmi

Menu Utama/Main Menu

Cerapan/ Observation

Cerapan dilakukan pada tiap - tiap minggu kedua dan minggu keempat tiap - tiap bulan . Cerapan dilakukan di kawasan - kawasan lapang yang terdapat di sekitar kawasan MRSM Jasin seperti di padang bola sepak dan gelanggang bola tennis. Cerapan dilakukan samada untuk mencerap buruj ataupun mencerap gerhana. Cerapan buruj dilakukan dengan cara memerhati langit dengan menggunakan mata kasar sahaja . Manakala cerapan gerhana seperti gerhana matahari dan gerhana bulan dilakukan dengan bantuan teleskop. Selain daripada mengenal pasti jenis - jenis buruj yang dicerap , kami juga memperlajari sejarah dan fenomena timbulnya buruj itu. Oleh kerana mencerap memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang lama juga memerlukan kepakaran didalam mengendalikan teleskop,maka kami berpegang kepada kata - kata hikmat ini "Tak nampak itu biasa,nampak itu luar biasa".Ini kerana,kadang kala kami masih tidak dapat melihat objek yang ingin dicerap.Masalah ini kerap kali berlaku ketika kami melakukan aktiviti cerapan hilal, walaupun kami memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika membetulkan kedudukan arah,longitud serta latitud teleskop seperti maklumat yang kami dapati daripada komputer.
   Oservations are done every 2nd and 4th week of each month. They are done at wide spaces around the college, like the football field and the tennis court. We usually observe constellations by looking at the nighttime sky or eclipses with telescopes. Other than identifying the constellations, we also learn about the history of that particular constellation. To observe, patience is needed and it takes time to get familiar with using the telescope. We have a saying, " To not see is usual, to not see is unusual"  This is because we still have diffculties during observing, even though close attention is paid to  correcting the direction, longitude and the latitude of the telescope like the information we got from the computer.

Menu Utama/Main Menu

Kuliah/Lectures
Kuliah disampaikan oleh penasihat kelab kami iaitu Cikgu Kassim Bahali pada minggu pertama dan minggu ketiga.isi kuliah kuliah adalah berkisar  mengenai pembentukan alam semesta ,pembentukan bintang,ciri - ciri jasad samawidan berita - berita terbaru mengenai astronomi.Setiap ahli dibekalkan dengan sebuah buku yang didalamnya terkandung segala ilmu dan rahsia yang terdapat di dalam alam semesta kita ini.Selain itu, kami juga menerapkan nilai - nilai keislaman didalam  pembelajaran kami.Contohnya ,  kami didedahkan mengenai ayat - ayat  Al - Quran yang ada menceritakan mengenai kejadian alam semesta.Kami juga didedahkan mengenai tokoh - tokoh yang telah banyak memberi sumbangan didalam bidang astronomi ini .Dengan adanya kuliah ini , segala tanda tanya dan persoalan yang bermain di fikiran dan minda ahli - ahli kelab terjawab kerana segala penerangan yang diberikan begitu jelas dan teliti.
The lectures are given by the advisor, Mr Kassim Bahali during the 1st and 3rd week of the month. The lectures are about the formation of the universe, how stars were formed, the traits of the heavenly bodies and the latest in astronomy. Each member are given a book about astronomy. Islamic values are incorporated as well in our lessons. We are taught  about some Koranic verses explaining things on the universe. We also learn about the famous figures who has contributed a lot to astronomy. With these lectures, any doubts and questions are answered, due to the precise and detailed lectures.

Menu Utama
 
Penggunaan Teleskop/Telescope usage

 Kelab Astonomi MRSM Jasin mempunyai empat buah teleskop dan dua buah binokular.Penggunaan teleskop ini hanya digunakan apabila terdapat fenomena - fenomena alam seperti gerhana ataupun melihat gerhana bulan . cerapan untuk hilal seperti hilal Ramadhan dan Syawal dilakukan samada di Tanjung Bidara ataupun Masjid Pantai Rombang,Melaka.Ahli - ahli kelab juga diajar mengenai jenis - jenia teleskop,bahagian - bahagian teleskop dan cara - cara nmenggunakan teleskop dengan betul.
 The Club has 4 telescopes and 2 binokulars. The telescope is used when phenomenons like the solar or lunar eclipse happens or to ascertain the start of the months in the Islamic calendar, such as the months of Ramadhan and Syawal. They are done in Tanjung Bidara or Rombang Beach Mosque, Malacca. The members of the club are taught about the kinds of telescope and its parts and the proper way of using the telescope.

Menu Utama/Main Menu

Buletin/Bulletin

Kemajuan sains dan teknologi kini membuatkan ramai saintis yang telah berjaya mencipta atau menemui objek - objek baru . Ahli astronomi juga tidak melepaskan peluang untuk bersama - sama mengaplikasikan ciptaan - ciptaan sains yang telah dicipta . Sehubungan dengan itu, lebih banyak penemuan - penemuan baru yang dijumpai dari masa ke semasa . Untuk memastikan kami tidak ketinggalan di dalam kemajuan arus sains dan teknologi ini , kelab kami ada mengedarkan buletin ringkas mengenai perkembangan terbaru dan terkini mengenai ilmu astronomi . Ia diedarkan sebulan sekali dan terhad kepada para ahli kelab sahaja . Kewujudan buletin yang digelar ` Buletin Astronomi ' ini banyak memberi manfaat dan faedah kepada kami . Kami juga menggelarkan buletin ini sebagai ` lidah penyambung Kem Astronomi ' kerana peranannya yang memberi maklumat - maklumat semasa kepada kami . Ia memastikan kami sentiasa peka dan menunggu - nunggu perkambangan terkini mengenai bidang yang menarik hati ini . Muka surat terakhir tiap - tiap keluaran buletin ini disertakan carta bintang bagi kelauaran( bulan ) itu untuk memudahkan pelajar membuat rujukan ketika membuat cerapan.
The advance in Science and Technology has made many scientists to invent or discover new things. Astronomists do not miss the opportunity to use these inventions. With that, new discoveries are made from time to time. To ensure we are not left behind, the club circulates a bulletin called 'Buletin Astronomi' once a month and is exclusive for members only. We also call it 'the continuation of Astronomy Camp' for its role in giving us information. It has made us aware and constantly on the lookout for the latest news. The last page of the Bulletin is the star chart for the month to help students during observation.

 

" TIDAKLAH MUNGKIN MATAHARI MENDAPATKAN BULAN DAN MALAM TIDAK DAPAT MENDAHULUI SIANG . DAN MASING - MASING BEREDAR PADA GARIS EDARANNYA "

(surah Yassin ayat 40)
"It is not possible for the sun to get the moon and for night to come before day. For each revolves on its own paths"
(Surah Yassin, verse 40)
MENU UTAMA/Main Menu

 

BACK