KATA ALU-ALUAN

§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§

 

Guru Besar SJK(C) Yok Eng, Parit Keroma, Muar.

 

`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Dalam era ledakan maklumatdan perkembangan teknologi komunikasi, semua pihak harus memaju ke hadapan agar melangkah ke wawasan terkini. Perkembangan IT dan segala cabaran baru tetap diharungi dan dimantapi.

Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam mencerna dan mewarnakan kehidupan pendidikan seterusnya berhala tuju ke tahap kecemerlangan pendidikan. Dengan kerjasama dan semangat 'espirit de corps ' dari semua pihak, pasti kecemerlangan pendidikan akan dapat dicapai.

Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Muar kerana adanya Projek 'Pelancaran HOMEPAGE bagi semua sekolah di daerah Muar , maka sekolah ini berpeluang memperkenalkan diri menerusi teknologi maklumat yang terkini.

Sekolah ini merupakan sekolah 'under-enrolment' (murid seramai 100 orang) yang terletak di pinggir bandar. Semua penghuni di kawasan Parit Keroma ini terdiri dari penoreh getah dan pekerja ladang yang bersosio-ekonomi rendah. Dengan sokongan dan sumbangan orang tempatan dan para ibubapa, sekolah ini dapat juga memberi pendidikan yang sempurna kepada anak didik . Sekolah ini masih perlukan bantuan dan sokongan dari semua pihak untuk mengekalkan enrolmen murid dan terus maju ke depan.Kini timbul masalah kekurangan kelas akibat peningkat enrolmen yang mendadak.

Kini sekolah memerlukan bantuan dari semua pihak untuk menjayakan projek pembinaan bangunan dua tingkat. Bangunan laamaa terpaksa diruntuhkan atas arahaan jabatan  dan JKR kerana ancaman anai-anai keatas keseluruhan bangunan. 

Sekian. Terima kasih.

 

Choong Guat Yean
Guru Besar
SJK(C) Yok Eng, Parit Keroma,
84000 Muar, Johor