STRUKTUR ORGANISASI

PROFIL
Jabatan Pendidikan Teknikal ( JPT ) Kementerian Pendidikan Malaysia adalah badan yang membuat keputusan di peringkat persekutuan. Bahagian Pengurusan Politeknik adalah satu daripada 5 bahagian di dalam JPT yang bertanggungjawab ke atas dasar-dasar pengurusan yang menuju ke arah kecemerlangan seperti yang tersedia ada di dalam Dasar Pendidikan Teknikal Negara. JPT telah menyerahkan peraturan, organisasi dan perlaksanaan akademik, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan kesinambungan pelajaran politeknik kepada Pengetua dan pasukannya.

Keputusan pada peringkat politeknik di buat melalui pasukan pengurusan dan satu penubuhan jawatankuasa di dalam linkungan politeknik yang menekankan kepada kerjasama di antara jabatan-jabatan. Pasukan pengurusan yang dipengerusikan oleh Pengetua, dengan sokongan daripada Ketua-ketua Jabatan adalah pembuat keputusan yang tertinggi di politeknik. Jawatankuasa-jawatankuasa lain juga ditubuhkan untuk melaksanakan perkara-perkara dan aktiviti-aktiviti khas tertentu.

KETUA-KETUA JABATAN
Semua ketua jabatan adalah ahli di dalam pasukan pengurusan. Di politeknik empat jabatan induk adalah bertanggungjawab penuh di atas kelicinan implimentasi program-program akademik manakala empat jabatan sokongan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memberi bahan-bahan dan kepakaran yang diperlukan untuk menjamin pendidikan secara menyeluruh "holistic" yang menuju ke arah kecemerlangan.
PENSYARAH
Selain daripada tugas mengajar, semua pensyarah dapat melatih dan membimbing pelajar-pelajar supaya mempunyai sifat dan sahsiah yang tinggi seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara. PPD mempunyai pensyarah-pensyarah yang mendapat latihan di dalam dan di luar negara. Majoriti pensyarahnya memiliki Ijazah Pertama. Sebahagian besar juga telah mempunyai Ijazah Sarjana. Sebahagian kecil pensyarah berada di dalam kategori bukan siswazah iaitu pemegang-pemegang Diploma dan Sijil. Mereka ini akan di beri peluang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Pertama di bawah program perkembangan staf.
JURUTEKNIK DAN STAF BUKAN AKADEMIK
Juruteknik dan pembantu makmal membentuk staf sokongan dalam bidang teknikal sementara staf bukan akademik yang lain membantu di dalam tugas-tugas pekeranian dan pentadbiran. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung di dalam aktiviti-aktiviti pengajaran, perkhidmatan mereka adalah penting supaya untuk mempastikan bahawa aktiviti-aktiviti di politeknik berjalan dengan lancar.
Kembali Ke Menu Utama