Dari Masjid Rusila
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Apabila hanya beriman sebahagian
hukum Allah
Muslimin sekalian!Marilah kita membuat muhasabah dan perkiraan
terhadap masyarakat
umat Islam hari ini yang berlaku di dalamnya berbagai-bagai keruntuhan
dan kemusnahan
bermula daripada keruntuhan akidah, keruntuhan akhlak, keruntuhan ekonomi,
keruntuhan
politik dan lain-lain lagi supaya dapatlah kita mengetahui sebab-sebab
dan mencari jalan
mengatasinya.
Sebenarnya segala-gala keruntuhan dan kemusnahan yang berlaku didalam
masyarakat
kita umat Islam pada hari ini adalah hasil daripada sikap dan perbuatan
mereka sendiri
yang berpunca daripada berpaling dari ajaran Islam, dan tidak ada cara
untuk
mengatasinya melainkan kembali semula kepada Allah Taala dan ajarannya
sebagaimana
firman Allah Taala yang bermaksud : "Telah zahirlah kerosakan didaratan
dan di lautan
akibat daripada kerja-kerja manusia supaya dirasakan kepada mereka
sebahagian daripada
perbuatan mereka, agar mereka kembali semula (kepada Allah)." (Surah
ar-Rum ayat
41).Keruntuhan akidah bermula apabila sudah ada sebahagian besar umat
Islam sudah
tidak ingin dan percaya kepada Allah Taala.
Bukannya mereka tidak percaya kepada zat Allah Taala sebagai Tuhan mereka
tetapi
mereka tidak percaya kepada beberapa perkara yang berhubung dengan
ketuhanan Allah
Taala seperti menerima sebahagian daripada ajaran Islam dengan menolak
sebahagian
yang lain seperti menolak hukum-hukum Islam, menolak sistem politik
Islam, menolak
sistem ekonomi Islam dan lain-lain lagi.
Ini kerana Allah Taala menafikan iman orang-orang yang menerima sebahagian
daripada
ajaran kitab-Nya dan menolak sebahagian yang lain dengan firman-Nya
yang bermaksud :
"Adakah kamu beriman dengan sebahagian daripada kitab dan menolak sebahagian
yang
lain? Tidak ada balasan lagi sesiapa yang melakukan demikian
itu melainkan akan
ditimpa kehinaan di dunia, dan pada hari akhirat ia akan dikembalikan
kedalam azab yang
paling sengsara dan tidaklah Allah itu lagi daripada yang kamu usahakan."
(Surah Al-
Baqarah ayat 85).Bagaimana umat Islam melaksanakan Islam secara separuh-separuh?
Contohnya, Apabila Allah Taala berfirman maksudnya : "Dirikanlah solat
dan keluar-
kanlah zakat," maka tiba-tiba ada di kalangan umat Islam yang tidak
mengerjakan
sembahyang dan tidak mengeluarkan zakat.
Kemudian pihak berkenaan yang bertanggungjawab menguruskan hal
ehwal rakyat pula
tidak melaksanakan hukum Allah Taala didalam memerangi dan menghukum
mereka
yang tidak melaksanakan kewajipan tersebut supaya tidak ada lagi orang-orang
yang
mengabaikan kewajipan sembahyang dan kewajipan menghulurkan zakat.
Apabila Allah Taala berfirman maksudnya : "Pencuri lelaki dan pencuri
perempuan, maka
hendaklah kamu potong tangan kedua-dua mereka kerana perbuatan yang
telah dilakukan,
sebagai hukum pencegahan daripada Allah Taala," dan apabila Allah Taala
berfirman
maksudnya : "Diwajibkan ke atas kamu melaksanakan hukum Qisas di dalam
pembunuhan," tiba-tiba hukum-hukum di dalam perkara jenayah tersebut
dilaksanakan
oleh mereka yang dipertanggungjawab melaksanakannya di dalam negara
umat Islam,
tetapi mereka melaksanakan hukum-hukum yang asing daripada Islam, dan
mereka masih
disokong oleh sebahagian umat Islam sendiri.
Kemudian apabila Allah Taala berfirman di dalam Al-Qur'an yang
bermaksud : "Dan
Allah Taala menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'" sebahagian
umat Islam
hanya menerima hukum jual beli tidak menerima pengharaman riba', malah
riba' terus
diamalkan dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya yang melibatkan
ekonomi negara.
Mereka menerima sistem ekonomi yang asing daripada ajaran Islam tidak
menolak
ekonomi Islam yang akan memberi kebaikan di dunia dan akhirat.
Lebih daripada itu, ada pula orang-orang Islam yang berani mengeluarkan
kenyataan
seperti "hukum Allah tidak sesuai pada zaman ini", "hukum Allah tidak
membawa
kemakmuran tetapi membawa umat Islam undur ke belakang" dan lain-lain
ucapan
menunjukkan betapa tidak yakinnya mereka kepada Islam.
Umat Islam juga mengalami kemusnahan politik apabila ada di kalangan
mereka
berpendapat politik pemerintahan tidak termasuk di dalam ajaran Islam.
Mereka samada sengaja atau terlupa bahawa Rasulullah s.a.w telah berjihad
dan berhijrah
untuk menunaikan kewajipan negara Islam yang mendaulatkan syariat Allah
Taala yang
terkandung di dalamnya undang-undang Islam, politik Islam, ekonomi
Islam dan seluruh
ajaran Islam yang lain.
Oleh kerana umat Islam menerima cara pemerintahan yang lain maka berlakulah
amalan
syirik, penyelewengan, kezaliman dan berbagai-bagai penyakit didalam
urusan pemerin-
tahan.
Diantara sebabnya ialah apabila orang-orang yang dilantik sebagai
pemimpin dari
kalangan mereka yang fasik, zalim dan ahli maksiat yang tidak layak
menjadi imam di
dalam mentadbir negara.
Umat Islam juga mengalami keruntuhan akhlak dan berlakunya maksiat yang
tidak
terkawal seperti zina, minum arak, menagih dadah, mencuri dan lain-lain
yang tergolong
di dalam dosa besar.
Mereka yang bertanggungjawab tidak bertindak apa-apa menghalang dan
menghukum
orang-orang yang melakukan maksiat dengan hukum Allah Taala.
Masalah ekonomi juga dialami oleh umat Islam kerana gagal menggunakan
rezeki
pemberian Allah Taala di dalam negara umat Islam sendiri dan juga kerana
melaksanakan
sistem ekonomi yang lain daripada Islam.
Oleh kerana membiarkan musuh-musuh Islam mengaut kekayaan hasil bumi
semula jadi
terdiri daripada minyak petrol, gas, bijih timah, bijih besi dan sebagainya
daripada bumi
umat Islam maka umat Islam berada di dalam kemunduran dan
sebahagian daripada hasil
kekayaan tersebut digunakan oleh musuh-musuh Islam di dalam usaha menindas
dan
membunuh umat Islam sendiri.
Oleh itu hendaklah kita sedar bahawa semua bencana yang menimpa
umat Islam kerana
meninggalkan ajaran Islam yang dengan hanya Islamlah umat Islam akan
memperolehi
kemuliaan, dan mereka akan ditimpa kehinaan sekiranya tidak berpegang
sekuat-kuatnya
degana ajaran Islam.
Firman Allah yang bermaksud : "Kamu adalah sebaik-baik umat dikeluarkan
untuk
manusia, kamu menyuruh perkara-perkara baik dan mencegah kemungkaran
dan kamu
beriman kepada Allah".