Shah Alam:
Imam muda Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri ),
di
sini, Ustaz Kamal Ashaari, 28, yang mengesahkan kejadian aneh itu
berkata ia disaksikannya sendiri tahun lalu.
"Pada hari itu kira-kira jam 3:00 pagi, saya menerima panggilan talipon
daripada seorang lelaki meminta bantuan untuk mengendalikan mayat
seorang ahli perniagaan di Damansara. Oleh kerana jarak yang agak jauh
(
hampir 30 kilometer), saya bertanya kepada lelaki tersebut, tidak
adakah
orang lain yang lebih dekat yg boleh menguruskannya?"
Lelaki itu , kata Kamal bagaimana pun memintanya datang ke kediaman
ahli
perniagaan itu yg terletak di kawasan perumahan elit dgn segera.
"Oleh kerana dia hampir mendesak, saya pun bergegas ke rumah lelaki itu
seorang diri dengan menaiki van masjid. Saya sampai di sana kira-kira
setengah jam kemudian," katanya.
Menurut Kamal yg ditemui di rumahnya di Seksyen 10, di sini, minggu
lalu, dia disambut oleh seorang lelaki tua yang pada mulanya disangka
ayah simati. "Lelaki itu menjelaskan kpd saya dia hanya tukang kebun.
Apabila saya masuk ke dalam rumah, ada pula seorang wanita tua tukang
masak. Hanya mereka berdua yg ada di dalam rumah itu pada masa itu,"
katanya.
Melihat keadaan demikian kata Kamal, dia bertanya kpd pasangan tersebut
ke mana menghilangnya anggota keluarga simati. "Saya diberitahu
anak-anak simati telah pun pulang ke rumah masing-masing menjelang
waktu
maghrib sebelumnya. Mereka memberi alasan tidak boleh menunggu di situ
kerana hendak bekerja keesokan harinya, ujar imam muda itu.
"Saya pun tidak mahu soal panjang lagi tapi andaian saya, keluarga ini
bolehlah dianggap sebuah keluarga yang porak-peranda jika begitu sikap
anak-anak si mati pada hari kematian ayah mereka," tambahnya. Dia yang
berpengalaman lebih tiga tahun dalam bidang pengurusan jenazah sejak
menuntut di University Al-Azhar, Mesir, beberapa tahun lalu meminta
izin
untuk melihat mayat berkenaan.
"Saya dibawa ke ruang tengah banglo mewah itu. Di sana saya dibawa
melihat mayat seorang lelaki berusia lengkungan 50-an yg tubuhnya agak
sasa terbujur kaku tanpa sehelai kain pun menutup tubuhnya. Saya
meminta
kain kepada lelaki tukang kebun dan kain itulah yg saya gunakan untuk
menutup mayat. Saya sendiri merasa hairan kenapa mereka membiarkan
tubuh
si mati terbuka sedangkan dia seorang yg kaya raya. "Takkan kain nak
tutup mayat pun tidak ada," katanya.
Selang beberapa minit kemudian, kata Kamal dia pun mula membaca kitab
suci Al-Quran di sisi mayat tersebut sementara menunggu masuk waktu
Subuh. "Saya terpaksa tunggu waktu Subuh dengan harapan hendak
mendapatkan bantuan daripada jemaah sebuah masjid yang berhampiran."
"Ini kerana dengan tubuh mayat yang agak berisi, saya tak yakin mampu
menguruskannya seorang diri," ujarnya.
Bagaimana pun kata imam itu pada masa dia sedang bersiap-siap hendak
keluar ke masjid, suatu kejadian aneh yang cukup mengejutkan telah
berlaku. "Saya ternampak seolah-olah ada benda sedang bergerak di bawah
kain yg menutupi mayat itu. Namun untuk terus membukanya, saya tidak
berani, ujarnya.
Selang kira-kira empat minit kemudian iaitu apabila pergerakan di bawah
kain itu berhenti, dia pun memberanikan dirinya membuka kain tersebut.
"Alangkah terkejutnya saya apabila yang saya lihat di bawah kain itu
bukan lagi mayat lelaki tersebut tetapi bangkai seekor khinzir(babi)
hutan yang saya percaya telah bertukar rupa dengan takdir Allah,"
katanya.
Melihat kejadian pelik itu, kata Kamal dia menjadi gementar dan
lututnya
terasa begitu lemah. "Saya lantas memanggil lelaki tukang kebun dan
memberitahunya kejadian tersebut. Saya juga bertanya kepadanya perihal
sikap dan tindak tanduk majikannya itu yang mungkin boleh dijadikan
andaian sebagai punca kejadian itu," katanya.
Menurut Kamal, lelaki itu kemudian menceritakan kepadanya bahawa tokoh
korporat itu semasa hayatnya bukan saja tidak pernah ke masjid atau pun
bercampur gaul dengan jemaah 'rumah Allah' itu malahan bersikap anti
kepada sebarang kegiatan yang bercorak agama.
"Ini semua kuasa Allah tapi saya andaikan itu mungkin salah satu sebab
yang menjadi punca mayatnya bertukar rupa menjadi khinzir," katanya
lagi. Menyambung ceritanya, imam muda itu berkata oleh kerana
keseluruhan tubuh badan lelaki itu telah bertukar menjadi khinzir, maka
dia pun mambatalkan hasratnya untuk menyempurnakan mayat itu
sebagaimana
yang biasa dilakukan terhadap manusia.
"Nak mandi dan kafankan macam mana lagi kalau seratus peratus tubuh
mayat itu berupa khinzir, yang termasuk dalam najis mughalazah (najis
berat). Nak pegang pun tak boleh...," tegasnya. Kalau setakat separuh
manusia, separuh haiwan boleh saya usahakan lagi menyempurnakan setakat
mana yang patut," tambahnya.
Oleh yang demikian, kata Kamal dia bersama-sama tukang kebun itu
kemudian menyeret bangkai khinzir itu yang berlapikkan tikar ke
belakang
rumah. "Di sana, kami gali lubang dan tanam bangkai itu sebagaimana
yang
biasa dilakukan orang terhadap bangkai binatang," ujarnya.
( Petikan: Mingguan Warta Perdana )
Gempar. Mayat seorang ahli perniagaan dari Damansara, dekat sini telah
berubah rupa menjadi bangkai seekor khinzir selepas beberapa jam
menghembuskan nafas terakhir.