GARISPANDUAN
PERTANDINGAN ICT
BERBENTUK IKLAN UNTUK JPBD
SAMBUTAN
HARI PERANCANGAN
BANDAR SEDUNIA 2001
Penaja Bersama
|
|
|
|
Jab.Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia
|
Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia
|
Tujuan Pertandingan
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada warga JPBD, PBT dan pelajar-pelajar Universiti Tempatan terutama dari jurusan Perancang Bandar dan Desa di Malaysia merekacipta satu iklan yang boleh menerangkan sumbangan JPBD kepada masyarakat dengan menggunakan IT
Latar Belakang
Selaras dengan perkembangan K Ekonomi, perancangan bandar dan desa sedang melalui proses perkembangan dan peningkatan yang rancak serta bertepatan dengan pindaan Akta 172 yang akan meningkatkan peranan JPDB secara khas dan peranan perancangan bandar secara am.
Pertandingan ini juga bertujuan untuk mempromosi JPBD sebagai satu organisasi kerajaan yang terpenting di dalam perancangan fizikal dan pembangunan negara.
Objektif Pertandingan
· Memberi peluang kepada warga JPBD, PBT dan pelajar Universiti untuk menghasilkan promo JPBD dalam bentuk iklan secara IT
· Menggalakkan penerokaan dalam ilmu pengiklanan dan meningkatkan daya kreativiti warga JPBD, PBT dan pelajar Universiti
· Mempereratkan hubungan dan semangat berkerjasama di kalangan warga JPBD dan pelajar universiti
· Mencukil bakat di dalam bidang IT secara amnya.
Hadiah
Hadiah hadiah akan diberikan dalam bentuk wang tunai:
§ Pertama RM 1000.00 dan hadiah khas
§ Kedua RM 600.00
§ Ketiga RM 400.00
§ 5 hadiah saguhati bernilai RM 100.00
§ Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta
§ Hadiah akan disampaikan pada majilis makan malam Hari Perancangan Bandar Sedunia 2001.
Syarat-syarat Penyertaan
Tempoh persembahan mestilah tidak melebihi satu minit dan tidak kurang dari 45 saat.
Tajuk/Tema persembahan ialah Sumbangan JPBD Kepada Masyarakat
i. Pertandingan dibuka kepada semua warga JPBD, Bahagian Perancang Bandar PBT dan pelajar Universiti Awam (IPTA) (di dalam bidang perancang bandar);
ii. Penyertaan dari IPTA hendaklah melalui dan disahkan oleh Ketua Jabatan atau Dekan/Fakulti kajian masing-masing;
iii. Pertandingan terhad kepada 1 penyertaan sahaja samada secara individu atau berkumpulan;
iv. Penyertaan hendaklah berbentuk iklan atau "promo" dengan menggunakan perisian seperti scala, flash, powerpointv. Semua penyertaan hendaklah ciptaan asal tanpa khidmat bantuan kepakaran dari luar Jabatan atau suntingan dari ciptaan lain;
vi . Peserta yang berjaya ke peringkat saringan dan akhir akan disediakan segala peralatan seperti PC, projector,dsb. Walau bagaimanapun setiap peserta hendaklah memahami peralatan yang digunakan dengan mahir;
vii. Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan. Salinan fotostat diterima dan tarikh tutup penyertaan ialah 1 Okt. 2001. Pertandingan akhir akan diadakan di JPBD (IP), pada 8 hb. Nov. 2001;
viii. Peserta boleh mendapat maklumat lanjut mengenai peranan JPBD melalui laman web http:www.townplan.gov.my; dan
ix. Semua bahan penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur.
Kandungan Rekacipta
Kandungan rekacipta hendaklah merangkumi :
· Pemahaman keatas sumbangan JPBD kepada masyarakat
· Pemahaman dalam sektor pengiklanan
· Penggunaan bidang IT terutama multimedia
Kriteria Pemarkahan
· Originaliti dan kreativiti;
· Pengetahuan kepada perisian yang digunakan
· Ketepatan kepada tema pertandingan
·
Kesan
impak kepada penonton
Panel Hakim
Panel hakim terdiri pakar dari
· Bidang perancang bandar;
· Bidang pengiklanan/perfileman
· Bidang Multimedia
·
Wakil
Persatuan Perancangan Bandar/ MIP.
Alamat Urusetia Pertandingan
Urusetia Pertandingan ICT,
Sempena Hari Perancangan
Bandar Sedunia Tahun 2001,
Bah. Kem. Wilayah Persekutuan & Perancangan Lembah Klang,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok B3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62500 PUTRAJAYA
Sebarang Pertanyaan sila hubungi
Pn. Lim Siew Chin
Tel : 03-88887594
Emel: Sclim99@bkwp.jpm.my
Pn. Noraini Kasim
Tel.: 03-88887599
Emel : nickey63@hotmail.com.
Pn. Khatijah Embi
Tel.: 0326992195
Emel: khatijah_embi@townplan.gov.my
Borang Penyertaan Pertandingan ICT Berbentuk Iklan Sempena
Hari Perancangan Bandar Sedunia
Tahun 2001
Nama :
No. Kad Pengenalan : ..
Jika berkumpulan)
Nama Kumpulan : ...
... . ...
Nama Ketua Kumpulan : : . ...
...
Jab./Universiti : .....
...
...
Perisian Yang Digunakan .....
Tel : Emel : .. .....
Pengesahan Jab/Dekan :
Tandatangan: .. ...
Jawatan :... .
.. ....
Tarikh : ..