[ Oracle CASE | Unix | English | Home ]

UNIX - PENGGUNA AKHIR
oleh Nur Shazlina Radzi

Isi Kandungan
Pendahuluan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.

Halaman ini dibina khas untuk sesiapa sahaja yang baru mengenali Unix. Selesai membaca panduan ini, anda seharusnya sudah tahu menggunakan arahan-arahan asas Unix, memahami struktur fail dalam Unix, menguruskan fail dan direktori, mengubahsuai fail, berkomunikasi dengan pengguna-pengguna lain dan dapatkan maklumat lanjut mengenai arahan-arahan Unix.

Panduan ini lebih tertumpu kepada arahan-arahan dalam sistem pengoperasian Sun (SunOs) versi 5.5.1. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa contoh arahan dari sistem pengoperasian Linux. Anda mungkin menggunakan versi Unix lain seperti HP-UX, IRIX dan AIX tetapi kebanyakan arahan yang diterangkan di sini adalah sama saja cara penggunaannya bagi kesemua versi Unix tersebut. Jika terdapat perbezaan, ia hanyalah option yang digunakan bersama arahan berkenaan. Contoh-contoh akan diberikan jika terdapat perbezaan arahan di antara satu sistem Unix dengan sistem Unix yang lain.

Secara umumnya arahan dalam Unix adalah di dalam huruf kecil (lower-case). Untuk mahirkan diri dengan Unix, anda perlu kerap menggunakannya di samping mencuba arahan lain yang berkaitan tetapi tidak diterangkan di sini. Cuba baca manual on-line bagi setiap arahan. Terdapat banyak option yang berguna. Terdapat juga arahan yang diterangkan tiada dalam sistem operasi Unix yang anda gunakan. Ia bukan masalah besar kerana mungkin terdapat arahan lain yang fungsinya hampir sama dengan arahan tersebut. Contohnya ialah seperti arahan hostname dan uname.

Akhir kata, penulis berharap anda semua mendapat banyak faedah dari tutorial ini. Ia belum siap 100% tetapi penulis akan berusaha untuk mengemaskini sekerap mungkin.

Wassalam.
Nur Shazlina Radzi
nsr@melayu.com

[Isi Kandungan]
Copyright © 1995-2000 Fz Sdc
nsr@melayu.com
http://www.melayu.com/nsr
Kemaskini Terakhir: 21 Feb 2000 (dalam pembinaan - 72%)


1