We are only passing by. We are not here to stay. You see life is like a pilgrimage. Passing upon our way. From birzh zo deazh...
-Anonymous+AA-
Kata orang, kasih mengeratkan saudara, sayang melahirkan mesra, cinta mententeramkan jiwa. Kata FzR, kasih buang saudara, sayang buang harta, cinta buang masa.
-Anonymous+Fzr Rizmy-
Jika diberi pilihan aku lebih suka memiliki mulut yang lebih sopan dari tingkahlakuku dan hati yang lebih mulia dari mulutku daripada memiliki mulut yang lebih biadap dari tingkahlakuku dan hati yang lebih busuk dari mulutku.
-Fzr Rizmy-
I can be a friend if someone treat me as a friend or as enemy if I'm treated as an enemy.
-FzR Rizmy-
Tak perlulah anda memburuk-burukkan orang lain hanya semata-mata kerana ingin menunjukkan kononnya anda tu baik sangat.
-FzR Rizmy-
Aku malu pada perempuan yang tak tahu malu. Aku tak malu pada perempuan yang tahu malu. Aku malu pada Penciptaku. Aku malu pada Nabiku. Mudah-mudahan maluku malu bertempat agar aku tidak diumpat.
-Fzr Rizmy-
Pujilah seseorang sekadar untuk menghargainya. Puji-pujian yang berlebihan hanya akan merosakkan.
-Fzr Rizmy-
Jika orang yang kamu tegur mendiamkan diri, bukan bererti dia membencimu tetapi mungkin dia ingin mengajarmu supaya tidak menyakiti hatinya lagi.
-Fzr Rizmy-
Semakin tinggi gunung didaki semakin indah pemandangan dan semakin sakit bila jatuh. Oleh itu sediakanlah payung terjun supaya anda jatuh perlahan-lahan. Ahak!
-Gila-Gila+Fzr Rizmy-
Siapalah anda hendak membangga-banggakan kepandaian yang ada sedangkan ilmu yang anda miliki itu tidak lebih setitik dari lautan jika dibandingkan dengan ilmu Tuhan.
-Fzr Rizmy-
Manusia Hawa dijadikan daripada tulang rusuk manusia Adam, bukan daripada
kepala untuk dijadikan atasannya dan bukan pula daripada kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan daripada sisinya, untuk dijadikan teman hidup, dekat di lengan untuk
dilindungi dan dekat di hati untuk dicintai.
-Miera-
Jangan bertikam lidah dengan orang yang bijak bercakap juga dengan orang yang bodoh. Si bijak bercakap akan mengalahkanmu sementara si bodoh pula akan menyakitkan hatimu.
-Anonymous-
Setitik nikmat yang dirasai hanya sebentar tidak akan dapat menebus satu dosa dan aib yang ditanggung seumur hidup.
-Anonymous-
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah penganugerahan Tuhan yang paling agung dan paling suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
-Anonymous-
Hidup ini satu perlumbaan tapi kalau nak mengalah memanjang, tak payahlah bertanding.
-Gila-Gila-
Semua peperangan mencari perdamaian akhirnya.
-Anonymous-
Hanya orang yang bodoh mengaku dirinya pandai.
-Anonymous-
Orang yang kerap bercinta biasanya hendak mengisi jiwa yang kosong dan mengosongkan poket yang berisi.
-Gila-Gila-
Waktu berduit orangpun akan mengaku saudara tapi waktu tak berduit saudara pun akan mengaku 'orang'.
-Gila-Gila-
Sekeras-keras manusia di waktu muda tetap akan suka pada yang lembut di hari tua.
-Gila-Gila-
Bila hati tenang, tempat yang sempit dirasakan luas tapi bila hati gelisah, tempat yang luas dirasakan menghimpit.
-Anonymous-
Kita mempunyai dua telinga dan satu mulut, ini bermakna kita mesti banyak mendengar dari bercakap.
-Anonymous-
Hati orang yang bodoh ada di mulutnya tapi mulut orang yang bijaksana ada dihatinya.
-Anonymous-
Bakat adalah pemberian Tuhan secara rahsia dan yang mana kita kemukakan tanpa mengetahuinya.
-Anonymous-
Menyelam di lautan dalam adalah lebih mudah dari menyelami hati seseorang.
-Anonymous-
Tidak perlu engkau kembali kepadaku setelah kekecewaanmu tetapi kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa keinsafan.
-Anonymous-
Nilai gelak ketawa yang berakhir dengan sedu sedan tentunya tidak senilai tangisan yang berakhir dengan senyuman.
-Anonymous-
Seseorang yang optimis dapat melihat peluang dalam keadaan yang terdesak tetapi seseorang yang pesimis akan menjadi terdesak melihat sesuatu peluang.
-Anonymous-
Keburukan paling keji ialah bangga pada diri sendiri.
-Anonymous-
Akal orang muda walaupun tajam masih perlu kepada mesyuarat sebagaimana tajamnya mata pedang perlukan pahlawan.
-Anonymous-
Manusia yang paling kerap mendapat kesusahan dan bahaya ialah yang mempunyai lidah terlepas dan hati tertutup.
-Anonymous-
Berilah senyuman kerana tiada sesiapapun yang akan rasa terhutang dengan pemberianmu itu.
-Anonymous-
Stop dreaming. You must face reality even if you don't like it.
-Anonymous-
Jangan sombong pada orang yang merendah diri dan jangan merendah diri pada orang yang sombong.
-Anonymous-
Banyak cakap banyak silap, banyak silap banyak dosa, banyak dosa api Neraka lebih utama. Dari itu senyaplah wahai saudara...