Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera.
Internet ialah satu nama bagi sekumpulan sumber maklumat seluruh dunia. Asal internet
bermula dengan serangkaian komputer yang dibangunkan dalam tahun 1970an. Rangkaian
tersebut dikenali dengan nama Arpanet yang dibiayai oleh Jabatan Pertahanan U.S.
Menggunakan Internet bermakna anda duduk di hadapan skrin komputer sambil mencapai
maklumat. Anda mungkin berada di pejabat, sekolah atau rumah menggunakan pelbagai jenis
komputer. Aktiviti biasa yang dilakukan mungkin membaca atau menghantar mel elektronik,
membaca artikel, mencapai laman web dan sebagainya.
Untuk menggunakan Internet dengan lebih efektif, anda digalakkan mempelajari Unix.
Anda tidak perlu jadi pakar Unix. Cukup sekadar tahu asas Unix. Ini adalah kerana kebanyakan komputer terutama
sekali pelayan (server) menggunakan sistem pengoperasian Unix yang lebih stabil jika dibandingkan
dengan sistem pengoperasian lain.