Tepon
Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...al-maklumlah
loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak
tahu lah business apa...nanti aku tanya..!!
Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada
laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..stationerynya
la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat
dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...selepas
mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye
laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu......berangan ni...!!
Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan
datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa
tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x...pura
pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi
hanya:duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah
masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk
tadi...errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek
ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan
client...so...boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata...
"Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak
sambung talian talipon...!!" |
Cikgu
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini
adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.
Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak
tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak
doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat
sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak
uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata USNO salah!
Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega
kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau
bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua
soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti
akan datang lagi.
|
Pengalaman ku yang
pertama.....
Malam itu bulan mengambang penuh. Sejuk dan sunyi, seolah-olah
merestui apa yang akan ku lakukan. Namun jantungku berdebar kencang
kerana aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Sejak awal malam
lagi aku sudah mula risau.
Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja. Dialah yang
pertama bagiku. Malam sudah hampir subuh. Aku masih terpaku lagi.
Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku. Orang lain semua masih
tidur. Kata orang inilah masa yang paling sesuai…. sebelum subuh….
sebelum matahari terbit
Ahhhhhhhhh!!
Aku lelaki, aku mesti boleh melakukannya. Mesti…. mesti…. mesti!!
Ku beranikan diri. Ku pandang saja. Dia diam saja. Ku renung matanya…
Dia masih diam. Aku tahu dia menunggu aku. Akulah yang mesti
memulakannya. Mesti… mesti… mesti !! Denyutan jantungku bertambah
kencang. Kuberanikan diri lagi. Ku pegang kepalanya. Dia masih diam.
Perlahan, ku raba belakangnya. Ohhh…! Dia bergerak. Mungkin geli.
Denyutan jantungku tidak terkira lagi. Ku pandang punggungnya yang
bulat…. besar.. terlintas di fikiranku…. gatal di hatiku makin
menjadi-jadi. Ku pegang punggungnya yang pejal. Ku dengar deru
nafasnya. Jantungku hampir meletup kurasa. Geramku tidak terberdung
lagi. Kini aku sudah nekad. Ku pegang susunya. Ohhhh! Alangkah
lembutnya… alangkah halus kulitnya. Ku ramas perlahan…. dia
menoleh!! Hampir pengsan ku rasa. Namun aku tahu aku sudah bersedia.
Adakah dia tahu aku akan….? Aku terus duduk. Aku sudah tidak malu
lagi. Aku sudah tidak takut lagi. Aku kangkangkan kedua kakinya. Ku
letakkan kedua tanganku pada susunya… besar dan penuh. Ku ramas
pelahan. Lagi.. dan lagi. Kini baru ku tahu… kini aku sudah rasa….
bagaimana seronoknya… memerah susu lembu.
|
Ayam
Selepas berjaya mencuri tiga ekor ayam, seorang pencuri segera pergi
mendapatkan seorang pembeli ayam.
" Saya hendak menjual ayam-ayam ini , " katanya.
" Dari mana kamu dapat ? " Tanya pembeli ayam.
" Saya mencurinya , " jawab pencuri itu.
" Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah di sisi undang-undang dan
berdosa di sisi agama ? "
" Saya tahu, " jawab si pencuri , " sebab itulah saya
tak mahu simpan ayam-ayam ini . "
|
Bertengkar
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis
bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas
barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu,
rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan.
Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya
dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini.
Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "
|
Eksiden
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut
sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang
isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza
lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah,"
Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar
nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.". Liza hanya tersenyum
melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel
dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru
kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata
kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada
KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan
Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam
hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak
sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya
lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok
kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa
tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang
tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza
terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung
nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat
bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya
memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas
ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah
berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia
aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya
hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong
dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar
dan gagah dan.....
BANG!!…
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana
anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus
menangis.
PANGGG!!…
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak
berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun
pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu
keluar.......dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk
dalam tin biskut! |
Janda
Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke
rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya
pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi
jalanraya yang sunyi itu.
Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal
bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya.
Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang
besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda
tersebut masuk.
" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan
nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu
dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang
bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "
|
Jam
Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya.
Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga
jam itu.
"Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab,
" Di sinilah! " |
|