Dewasa ini, manusia
belumba-lumba mengejar pembangunan sehingga melupakan keperluan untuk memelihara
keseimbangan alam sekitar. Seperti yang kita sedia maklum, alam ciptaan tuhan yang
dipenuhi dengan flora dan fauna ini merupakan sumber yang paling penting bagi manusia.
Keindahannya dapat kita kecapi sekiranya kita menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan itu
kita dapat melihat permandangan-permandangan yang indah dan
menarik seperti di tepi pantai, di desa, air terjun, hutan dan sebagainya.

Ini juga adalah satu peluang bagi Malaysia
untuk dikenali diserata dunia. Dengan cara inilah nama Malaysia dapat dibariskan setanding
dengan negara-negara luar seperti Nagara Fall, London, Tazmania, dan sebagainya. Dengan
ini orang luar tidak akan memandang rendah terhadap Malaysia. Oleh yang demikian Malaysia
akan digelar sebagai negara terbersih dan terindah di Asia. Sememangnya itu yang kita
semua mahukan, tetapi segelintir rakyat memandang enteng tentang perkara tersebut. Ini
juga salah satu faktor mengapa kita harus mementingkan kebersihan dan keindahan alam
sekitar. Dengan itu kita haruslah menjaga dan memelihara alam
sekitar kita.