PENGENALAN
Merupakan salah sebuah daripada 16 buah
Pusat Kegiatan Guru yang terdapat di negeri Melaka. Berdasarkan dari jumlah
tersebut 9 buah mempunyai bangunan sendiri, sementara 7 buah lagi menumpang
pada bangunan sekolah termasuk sebuah daripadanya Pusat Kegiatan Guru (8)
Alor Gajah yang sehingga kini ditumpangkan buat sementara di bangunan Sekolah
Kebangsaan Datok Naning, Alor Gajah, Melaka.
Pada awal tahun 1995 Pusat Kegiatan Guru
(8) Alor Gajah telah berpindah dari sebuah bilik darjah di Blok Bangunan
(B) kepada Blok Bangunan (A) yang mempunyai sebuah bilik syarahan, bilik
bengkel, bilik bahan, bilik perpustakaan dan bilik pentadbiran.
Mengikut sejarah perkembangannya, pada
tahun 1986 Pusat Kegiatan Guru (8) Alor Gajah mula beroperasi di Sekolah
Kebangsaan Alor Gajah. Apabila sekolah ini ditutup pada tahun 1989, maka
Pusat Kegiatan Guru ini berpindah ke Sekolah Kebangsaan Datok Naning. Pada
ketika itu ianya dikenali sebagai Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD)
dan sekolah ahlinya meliputi sekolah rendah sahaja.
Penukaran nama dari Pusat Sumber Pendidikan
Daerah kepada Pusat Kegiatan Guru telah diwartakan pada 26 JULAI 1990,
sementara ahlinya meliputi sekolah menengah dan rendah.