Takrif Pusat Kegiatan Guru (PKG)
PKG berperanan sebagai Pusat Kegiatan Profesional Guru secara terancang dengan mengadakan kegiatan-kegiatan pendidikan yang mengutamakan perkembangan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan. Ia juga memberi khidmat sokongan dengan tujuan untuk membantu guru-guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara yang lebih berkesan. PKG boleh dirumuskan sebagai satu usaha inovatif untuk merapatkan perkhidmatan dan kegiatan bantuan pendidikan dengan keperluan guru-guru.
Peranan Pusat Kegiatan Guru
PKG sebagai Pusat Kegiatan Ikhtisas dan Kurikulum