TARIKH AKHIR KEMASKINI:
11 MEI 1998
Maklumat Terbaru: 
(Azuan Sihat dan Al-Fatihah)

Adik  Muhamad Azuan b. Rahim 
 TERBARU!!
"Alhamdulillah, Wan sihat". Kata-kata Adik Azuan ketika saya mengunjunginya di rumah Datuk beliau hari ini. 
Ikuti kisah selanjutnya..

BUTIRAN LAIN
Sijil Kelahiran
Kad Pengenalan Ibu
Kad IJN
Surat Rujukan  Hospital Melaka
Borang Pendaftaran IJN
Sijil Cerai
Tindakan JKKK  Kg. Sempang 
Jaza Kallahu Khairan
Berita Akhbar
Respons
Pelancaran TAMAR
Menjelang 30 April 
Dengar Suara Azuan
Pembedahan

SUMBANGAN
Sekiranya anda ingin menyumbang untuk 
TABUNG RAYUAN ADIK MUHAMAD AZUAN BIN RAHIM
ini, sila KLIK Butang yang disediakan di bawah: 
atau e-mel kepada kami:
 
sksempang@teletre.com
YA ALLAH, SELAMATKANLAH MUHAMAD AZUAN  MENJALANI PEMBEDAHANNYA KELAK, AMIIN YA RABBAL A'LAMIN


 
Download di sini - Percuma

DENGAR...(REAL AUDIO)



JUMLAH KUTIPAN TERKUMPUL:
RM 74,000.00
(termasuk kutipan NST)
sumber: En. Saadon Baharom


Lagu (midi) Kau Ubah Segalanya adalah sumbangan Pentas Arbanji
(Terima kasih Banji!) - 11.5.98


Anda Insan Prihatin Yang Ke 
Moga dirahmati Allah, Amiin...
sejak 14 April 1998 (3.30 pagi)
BIODATA RINGKAS

Adik Muhamad Azuan bin Rahim merupakan seorang pelajar tahun 1 Sek. Keb. Sempang, Merlimau, Melaka. Berumur 7 tahun dan tinggal bersama ibu dan datuknya di Kg. Sempang, Merlimau. Ini adalah kerana ibu bapanya telah bercerai sejak beliau masih kecil. Hingga kini tidak diketahui dimana bapa beliau berada. Ibunya pula seorang operator kilang di Kawasan Industri, Merlimau. 

Adik Azuan telah memulakan alam persekolahannya di Prasekolah , Sek. Keb. Sempang. Menurut Gurunya, Pn. Hjh. Rokiah bt. Hamzah, Adik Azuan seorang pelajar yang baik, periang namun beliau tidak boleh terlalu penat. " Berjalan dari Prasekolah ke padang pun, dia akan tersandar keletihan, kemudian terus menangis serta muka dan bibirnya akan biru", tambah pembantu Prasekolah kami, Pn. Noraini bt. Othman

Beliau telah disahkan mengidap penyakit Jantung. (Saluran Jantung Sempit). Telah beberapa kali mendapatkan rawatan jantung samada di Hospital Melaka mahupun di Hospital Kuala Lumpur dan akhirnya ke Institut Jantung Negara (IJN). 

Adik Azuan dijangkakan akan menjalani pembedahan di IJN pada 30 April 1998 ini. Kos untuk pembedahan tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyak RM20,000.00 (RM: Dua puluh ribu sahaja). 
(Catatan: Adik Azuan melaporkan diri pada 30 April lalu)- Tarikh pembedahan akan ditentukan setelah semua urusan pemeriksaan selesai). Insya-Allah, Saya akan maklumkan tarikh pembedahan ini setelah mendapat maklumat dari keluarga Azuan di IJN sekarang)
Memandangkan keluarganya tidak berkemampuan menanggung kos yang tersebut, maka pihak JKKK Kg. Sempang, Merlimau dengan kerjasama PIBG dan juga Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau telah mengambil inisiatif menubuhkan TABUNG RAYUAN ADIK MUHAMAD AZUAN BIN RAHIM (TAMAR). Ianya sedang giat dilancarkan dibawah naungan YB Datuk Kapt. (B) Hj. Ahmad b. Hj. Hamzah, ADUN Kawasan Serkam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Melaka. 
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan sokongan dan keprihatinan para penyumbang amat dihargai. Moga Allah jualah yang akan membalasnya, Amiin.
Semua pihak yang terlibat sedang berusaha dengan gigih dan ikhlas untuk memastikan Adik Azuan akan dapat menjalani pembedahan tersebut dengan baik dan selamat. Satu akaun amanah telah dibuka di Bank Simpanan Nasional. No. akaunnya ialah : 5-2293202-8

Oleh itu, adalah dirayu simpati semua pihak dan dermawan, tokoh- tokoh korporat dan juga Netters sekelian agar sudi menghulurkan bantuan demi untuk memastikan Adik Muhamad Azuan dapat menjalani pembedahan dengan kos yang dinyatakan di atas. 

Kami juga merayu agar para Ulama, Solihin dan juga Muslimin- Muslimat mendoakan kejayaan Tabung Rayuan ini seterusnya Adik Azuan pula akan dapat menjalani pembedahan dengan selamat dan berjaya, Amiin.

PANDUAN MENYUMBANG TERUS 
KE BANK:
NAMA/BAYAR KEPADA : 
Tabung Rayuan Adik Muhamad Azuan bin Rahim (TAMAR)
No. Akaun GIRO BSN:
5-2293202-8
 Anda juga boleh menyumbang melalui:
Bahagian Derma, Jabatan Akaun, The New Straits Times Press (M) Berhad, 31, Jalan Riong 59100 Kuala Lumpur.


Puisi Khas Untuk Adik Azuan


MAKLUMAN:
Kutipan Derma ini akan ditutup pada
15 Mei 1998. Oleh itu, sebarang sumbangan 
selepas tarikh tersebut hanya
boleh disampaikan terus kepada keluarga Azuan.


AL-FATIHAH 
Dikesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham En. Jasmi (bapa pelajar sekolah ini) yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (7 Mei 1998) kerana serangan sakit jantung. Untuk cerita lanjut, 
KLIK di sini.....


CATATAN WEBMASTER

LEBIHAN PERBELANJAAN WANG YANG TELAH DIKUMPUL SEBANYAK RM 20,000.00 TELAH DISERAHKAN OLEH J/K TAMAR KEPADA KELUARGA ADIK AZUAN DALAM SATU MAJLIS KESYUKURAN PADA 30 JUN 1998.

KELUARGA AZUAN (DATUKNYA) DALAM MAJLIS TERSEBUT TELAH BERSETUJU MENYUMBANG UNTUK TABUNG KEBAJIKAN ANAK-ANAK KG. SEMPANG YANG DITAJA OLEH JKKK KG. SEMPANG SEBANYAK RM 8,000.00,  TABUNG MASJID KG. SEMPANG RM 1,000.00 DAN PIBG SK SEMPANG SEBANYAK RM 1,000.00.


 
Lihat 
Buku Pelawat
Dimulakan pada 26 April 1998
Tandatangan
Buku Pelawat


HASIL KERJA Netscape Communicator
Display 640 x 480
Ke Laman Sempang.Net
1