Pada mulanya bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Bali ini telah dibina secara gotong- royong oleh penduduk mukim Chaah di tapak seluas 3 ekar di Jalan Yong Peng lebih kurang 1.6 km dari tapak sekarang pada 1 Januari 1947. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Seri Bali Chaah, Batu Pahat. Pada 22 Januari 1952 sebuah bangunan baru telah dibina di kawasan pemindahan beramai-ramai di Kampung Melayu di Pekan Chaah. Pentadbiran sekolah ini telah diambilalih oleh Pejabat Pelajaran Daerah Segamat pada awal tahun 1957. Tapak bangunan lama sekarang ini dalam proses dimajukan untuk dijadikan padang permainan untuk kegunaan murid-murid dan penduduk di sekitarnya. Pada awal tahun 1971 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru dua tingkat di Kampung Jawa Baru di atas tanah seluas 2 ekar. Pada 8 Ogos 1971 murid-murid telah dipindahkan ke tapak sekarang ini. Bangunan sekolah di Kampung Melayu Pekan Chaah itu dipinjamkan kepada Sekolah Agama Negeri Johor Darul Ta’azim. PENGASAS SEKOLAH Mereka yang menjadi pengasas sekolah asal ialah :- Allahyarham Datuk Penghulu Tuan Haji Yunus bin Mohd Ali Allahyarham Naib Penghulu Tuan Haji Harun bin Haji Ahmad Allahyarham Ketua Kampung Encik Sidik bin Haji Siraj Allahyarham Encik Yaacob bin Haji Sulaiman
GURU-GURU BESAR Guru-guru Besar yang pernah bertugas di sekolah adalah seperti berikut :- 1947 - Encik Jamal bin Haji Nasir 1947 - 1952 Tuan Haji Abd.Rahman bin Hj.Sulaiman 1952 - 1954 Tuan Haji Katan bin Omar 1954 - 1959 Tuan Haji Minhaj bin Haji Sulaiman 1959 - 1983 Tuan Haji Rahmat bin Haji Dasuki 1983 - 1986 Tuan Haji Tahir Bin Haji Kasim 1986 - 1992 Tuan Haji Ariffin bin Haji Basri 1992 - 1994 Tuan Haji Hamzah bin Auliak @ Liak 1994 - 1996 Tuan Haji Zainal bin Ali 1997 - Encik Azis bin Asnaban
BILANGAN GURU Bilangan guru yang telah bertugas di sekolah ini sejak tahun 1969 adalah seperti berikut : 1969 seramai 14 orang 1970 seramai 13 orang 1975 seramai 17 orang 1980 seramai 22 orang 1982 - 1984 seramai 25 orang 1985 seramai 29 orang 1986 seramai 36 orang 1987 seramai 38 orang 1988 seramai 39 orang 1989 seramai 40 orang 1990 seramai 45 orang 1991 seramai 26 orang 1992 seramai 26 orang 1993 seramai 27 orang 1994 seramai 27 orang 1995 seramai 27 orang 1996 seramai 26 orang 1997 seramai 27 orang 1998 seramai 31 orang 1999 seramai 30 orang
BILANGAN MURID Bilangan murid yang telah belajar di sekolah ini sejak tahun 1947 adalah seperti berikut : 1947 seramai 58 orang 1950 - 1951 seramai 100 orang 1955 seramai 128 orang 1960 seramai 204 orang 1965 seramai 315 orang 1970 seramai 395 orang 1975 seramai 574 orang 1980 seramai 731 orang 1981 seramai 779 orang 1982 - 1984 seramai 758 orang 1985 seramai 881 orang 1986 seramai 810 orang 1987 seramai 879 orang 1988 seramai 905 orang 1989 seramai 958 orang 1990 seramai 980 orang 1.6.90 seramai 657 orang 1991 seramai 550 orang 1992 seramai 549 orang 1993 seramai 556 orang 1994 seramai 560 orang 1995 seramai 530 orang 1996 seramai 530 orang 1997 seramai 520 orang 1998 seramai 517 orang 1999 seramai 512 orang
TABURAN MURID Murid-murid yang belajar di sekolah ini datangnya dari :- Sekitar Kampung Jawa dan Kampung Melayu - kurang dari 1 km Ladang Johor Labis - 2 km hingga 7 km Kampung Kangkar dan Batu 13 - 2 km hingga 4 km Desa Temu Jodoh - 8 km Ladang Chaah - 11 km Ladang Chang Wing Jaguh - 16 km
PEKERJA SEKOLAH Pekerja-pekerja yang bertugas di sekolah ini sejak tahun 1963 adalah seperti berikut : 1963 - 1970 seramai 1 orang 1971 - 1972 seramai 2 orang 1973 - 1980 seramai 4 orang 1982 - 1987 seramai 6 orang 1988 - 1990 seramai 4 orang 1991 - 1999 seramai 6 orang
* 1972 Jawatan kerani mula dipenuhi di sekolah ini * 1978 Pelayan Pejabat mula bertugas
PROJEK BANGUNAN SEKOLAH
LAIN-LAIN KEMUDAHAN Semenjak bangunan sekolah dipindahkan dari Kampung Melayu Chaah, ke Kampung Jawa Baru Chaah pada tahun 1971 kemudahan asas seperti air dan api telah disediakan. Oleh sebab tapak sekolah tidak luas maka padang permainan yang sesuai tidak dapat diadakan. Padang yang ada hanya sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani untuk dua darjah bagi sesuatu masa.
|