Internet dan teknologi-teknologi yang berkaitan dengannya banyak menguasai bidang teknologi maklumat sekarang ini baik dalam pendidikan. perniagaan mahupun dalam perkembangan terkini industri IT. Dengan bilangan lebih daripada 2 juta Laman Web yang dibina oleh individu-individu dan syarikat-syarikat di seluruh dunia yang boleh kita lawat, bolehlah dikatakan bahawa tiada bidang kehidupan di dunia ini yang tiada di dalam internet. Ia termasuklah bidang teknologi, komputer, pendidikan,pengetahuan am, hiburan, perniagaan, agama, hobi dan lain-lain lagi. Internet juga dapat melepasi rintangan sempadan negara, jarak yang jauh atau masa yang berbeza dari satu negara ke satu negara lain, malah di dalam Internet tahap pendidikan, bangsa, umur, jantina dan rupa anda tidak menjadi satu tahap pengukur tetapi yang penting ialah apa yang anda perlukan dan apa yang anda boleh kongsi bersama dengan warga-warga Internet yang lain. Apa yang penting sekarang ini ialah supaya kita tidak ketinggalan dalam era ledakan Internet dan teknologi-teknologinya, biar kita kurang dari segi keselesaan fizikal tetapi jangan miskin dalam pengetahuan dan akses kepada Internet. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih daun keladi kepada teman-teman, khasnya Encik Rasali Md. Yassin, staf Sekolah Kebangsaan Seri Bali dan PPD Segamat kerana telah menolong menjayakan Laman Web ini. Sekian, Terima kasih.
|
This page hosted by
Get your own Free Home Page