FALSAFAH SEKOLAH
Bahawasanya murid-murid yang ada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan-kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan ini seluas-luas peluang akan diberi kepada murid di sekolah ini untuk mengembangkan intelek itu.
Bahawasanya kaum pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, pegetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta kepercayaan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna, meyeluruh dan bermutu bagi memajukan pelajaran.
Bahawasanya sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawabnya bagi melahirkan manusia yang boleh memberikan sumbangan yang positif kepada nusa dan bangsa.
OBJEKTIF SEKOLAH
Menambahkan serta memupuk minat belajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan murid-murid.
Menghapuskan sikap "cepat mengalah". "tidak apa" dan acuh tak acuh" di kalangan murid terhadap pelajaran. Sebaliknya mewujudkan semangat berlumba-lumba dan "sensitiviti" yang tinggi terhadap pencapaian akademik yang cemerlang.
Melahirkan kesedaran bahawa murid-murid adalah tanggungan yang besar bagi negara yang boleh dijadikan "harta" yang tidak ternilai untuk masa akan datang.
Mewujudkan golongan murid-murid yang peka pada perubahan.
Menanam nilai yang tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.
Meningkatkan kecekapan dalam bidang kemahiran pembelajaran di kalangan murid-murid.
Meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik.
Menambahkan bilangan murid-murid yang melangkau kelas dalam peperiksaan PTS dan bilangan murid-murid yang mendapat "lima A" dalam peperiksaan UPSR serta dapat pula meningkatkan lagi kualitinya.
Meningkatkan lagi peratus pencapaian kelulusan keseluruhan peperiksaan PTS, UPSR dan PKSR dari segi kualiti dan kuantitinya.
Melahirkan manusia yang taat dan patuh kepada agamanya.