MENU
Piagam
Pelanggan
KAMI WARGA
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA SEGAMAT
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPAHKAN
SELURUH
TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
-
Memastikan semua murid sekolah ini
mendapat pendidikan yang sempurna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Negara.
-
Memastikan setiap guru dan kaki tangan
dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
-
Memastikan kami sentiasa peka dan responsif
kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami iaitu, murid-murid, ibu bapa,
Jabatan Pendidikan serta sentiasa sedia berbincang dengan ibu-bapa, penjaga
dan masyarakat untuk meningkatkan prestasi murid dan sekolah.
-
Memberi layanan mesra, perkhidmatan
cekap dan jawapan segera kepada pelanggan yang berurusan dengan kami.
-
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima
pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak
demi mempertingkatkan perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
SEKIRANYA ANDA KURANG BERPUAS HATI,
SILA HUBUNGI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT,
DI ALAMAT BERIKUT:
Pejabat Pendidikan Segamat
KM 2 Jalan Buluh Kasap, 85000 Segamat,
Johor.
Tel: 07-9311132
FALSAFAH SEKOLAH
Bahawasanya setiap insan yang dilahirkan
di negara ini adalah berhak menerima persekolahan yang sempurna, menyeluruh,
bersepadu dan seimbang.
Pendidikan tersebut menjamin mutu
individu yang bertakwa, berdisplin dan mempunyai moral yang tinggi disamping
berilmu dan beramal.
Proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah ini adalah manifestasi dayausaha berkualiti menuju ke arah kecemerlangan
seimbang setiap anak didik kita.
Berlandaskan nilai-nilai yang tersebut,
melalui proses persekolahan yang berterusan serta bimbingan sistematis
dan terperinci, setiap daya usaha dan seluruh tenaga kaum pendidik Sekolah
Kebangsaan Kampong Jawa akan digembeling ke arah cita-cita murni membolehkan
setiap pelajar mencapai perseimbangan optimum antara ilmu dan amal di bidang
akademik dan ko kurikulum.
OBJEKTIF
SEKOLAH
1.Merancang
dan melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang sistematis dan
berkesan melalui perkembangan jasmani, rohani dan emosi ke arah kesejahteraan
dan perkembangan individu yang terdidik dan seimbang.
2. Mendorong
semangat sentiasa ingin tahu ke arah penghayatan budaya ilmu.
3. Menghasilkan
peningkatan kognatif, afektif dan psikomotor setiap pelajar ke arah tahap
kendiri mantap.
4. Membina
ketabahan hati menghadapi cabaran dengan tenang dan sentiasa gigih berusaha
mencari kejayaan cemerlang dengan penuh kepercayaan diri di segenap bidang
dan peringkat aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.
5. Mewujudkan
suasana pembelajaran dan pengajaran yang terancang, selesa dan berkualiti.
6. Berusaha
menghasilkan keceriaan persekitaran, mengawal kebersihan kawasan serta
menghargai keindahan dan nilai alam semula jadi.
7. Memupuk
semangat kerjasama yang harmonis terhadap produktiviti, kualiti dan kejayaan
sekolah.
8. Memupuk
dan mengukuhkan minat serta penghayatan pelajar di bidang seni dan kebudayaan
serta menghargai warisan-warisan yang mencorak indentiti dan inspirasi
negara.
MATLAMAT
DAN ASPIRASI
Segala usaha
dan aktiviti sekolah yang dirancang selaras dengan dasar KBSR dan Falsafah
Pendidikan Negara adalah dengan tujuan agar setiap pelajar sekolah ini
diberi didikan dan asuhan maksima secara sistematis dan berkualiti semoga
terhasil nanti barisan-barisan anak watan yang mampu bertindak cemerlang
dan berketerampilan di bidang akademik dan ko kurikulum.
Sekolah Kebangsaan
Kampong Jawa Segamat mengutamakan pembentukan akhlak, teras disiplin dan
tatalaku yang mencerminkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang tinggi,
progresif dan inovatif dengan perogram kurikulum dan ko kurikulum menyeluruh
dan seimbang di mana setiap pelajar ditegaskan supaya sentiasa berusaha
ke arah kecemerlangan di samping menyumbang tenaga dan melibatkan diri
sepenuhnya dalam semua aktiviti sekolah.
Segala yang
dirancang, diusahakan dan diamalkan adalah asas perkembangan individu yang
menjurus ke arah keseimbangan insan yang rasional, peka dan bertanggungjawab
sebagai warganegara Malaysia menjelang tahun 2000 nanti.
MENU
UTAMA