![]() |
Dalam
kesempatan yang terhad ini terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih
kepada anda yang berkunjung ke Laman Web Sek. Keb. Kampong Jawa , Segamat,
Johor.
Saya bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurnianya kami dapat mewujudkan Laman Web sekolah SK Kampong Jawa, Segamat Johor. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurniaNya kami dapat mewujudkan Laman Web sekolah ini. Dalam era multimedia dan internet , mahu tidak mahu kita perlu memahirkan diri dengan pengetahuan dan kemhiran menggunakan teknologi. Oleh itu kita perlu menukar sikap dan paradigma. Jangan biarkan teknologi menakluki kita. Walaupun Laman web ini tidak sebaik laman web sekolah-sekolah lain , namun demikian ini adalah sebagai suatu langkah permulaan bagi menyahut seruan Tuan Pengarah Pendidikan Johor, En. M.Zin bin Sham (Konvensyen Guru Johor 1997) dan atas dorongan Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, En. Jailani bin Rusni. Kami akan mengemaskinikan Laman Web ini dari masa kesemasa supaya dapat memberi faedah kepada mereka yang menerokainya. Akhirnya kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Sarkawi bin Satu (Guru Besar SK Sri Chantek) dan En. Shamsul Kamar (Pegawai Maklumat PPD Segamat) kerana membantu dalam mewujudkan Laman Web SK Kampong Jawa ini. Semoga Allah akan membalasnya. Terima kasih
…………………………… Rasali bin Md.Yasin Guru Besar SK Kampng Jawa Segamat.. |