SELAMAT DATANG 
LAMAN WEB OLAHRAGAWAN MALAYSIA
M.RAMACHANDRAN
.
...
BERITA    AKHBAR   MELAYU
SUKAN   SEA XVII
SINGAPURA
12-20 JUN 1993
.
Kilauan
Bintang
.
Siapapun tidak menjangka rekod sukan SEA berjaya dipecahkan oleh atlit yang kurang mendapat perhatian, malah tidak dijangka memenangi sebarang pingat, tetapi M.Ramachandran menciptanya dalam aksi 5000 meter penuh bergaya.
.
Anak muda dari Muar, Johor itu mencatatkan masa 14:08.97 saat memecahkan rekod kejohanan yang dipegang oleh Subeno dari Indonesia,14:12.66 saat.
.
Subeno yang turun untuk mempertahankan pingat emas terpaksa mengalah di tempat kedua kepada jaguh baru itu.
Menurut Ramachandran, orang paling bermakna dalam mencipta impian menjadi kenyataan ialah ibunya sendiri, Muniammah.
.
"Ibu sayalah merupakan pendorong utama saya.Dia sentiasa berada di sisi saya sewaktu saya mengerang kesakitan."
.
"Jadi tidak salah kalau kemenagan saya ini adalah untuk ibu tersayang saya," kata Ramachandran yang memberitahu ibu turut hadir menyaksikan lariannya itu.
.
.
Ditanya mengenai kejayaannya,Ramachandran berkata dia sememangnya turun pada hari itu untuk memburu pingat emas, walaupun mengetahui menghadapi cabaran hebat daripada Subeno dan jaguh Myanmar,Gopal.
Tetapi dia menolak perasaan gementar dan menunjukkan larian yang belum pernah disaksikan di Stadium Nasional.
.
Dia yang hanya mengekori Gopal dan Subeno sejak dari awal perlumbaan, memotong 
kedua-dua saingannya pada dua pusingan terakhir dan terus melakukan pecutan seperti jaguh 200 meter di jarak 300 meter terakhir.
.
"Misi saya kali ini ialah untuk mencipta kejayaan di Kejohanan Padang dan Trek Asia di Manila, November ini.
Saya mahu menang di sana,"
katanya...
.
UTUSAN MALAYSIA
16 JUN 1993
ATLIT MUDA HARUMKAN NAMA NEGARA
.
TEMASYA Sukan  SEA ke 17
yang sedang berlangsung di Singapura kini sudah sampai kepada kemuncaknya sebelum tirai temasya itu ditutup Ahad ini. Hampir separuh daripada 29 acara yang dipertandingkan telah pun tamat. Bagi pencapaian atlit Malaysia, sesetengahnya 
melegahkan dan tidak kurang mengecewakan kita.
.
Mungkin terlalu awal untuk mengukur pencapaian Malaysia pada keseluruhannya, tetapi olahraga yang menjadi sasaran utama atlit negara memburu emas sejak Ahad lalu tidak menghampakan.
.
Selepas mengaut 10 pingat emas melalui olahraga sahaja tiga atlit negara berjaya membaharui rekod baru temasya itu terdiri daripada Wong Tee Kue (baling tukul besi), M.Ramachandran (lari 5000 meter) dan Low Chee Peng (lompat tinggi lelaki).
.
Tetapi yang lebih mengagumkan kemunculan atlit-atlit muda negara semakin terserlah. Kejayaan Chong Tong Lean (jalan kaki 20 km), M.Ramachandran (lari 5000 meter) dan Rabia Abu Salam (pingat perak 400 meter).
Kejayaan mereka pertama kali mencipta nama dalam sukan ini, tidak syak lagi adalah pewaris untuk mengisi kekosongan atlit negara menjelang persediaan menghadapi Sukan Asia 1994 di Hiroshima dan Sukan Komanwel 1998.

Bagaimana perasaan dan pengalaman mereka dalam temasya ini dan siapakah pendorong yang menggerak kejayaan atlit muda ini.

.

.
UTUSAN MALAYSIA
16 JUN 1993
.
utama