余德才校长
巴罗的先贤们创办学校, 功不可没. 所谓 "创业难, 守业更难". 本着发扬华文教
育, 创造美好的生活目标为出发点, 巴罗学校在董事部, 家教协会, 校友会, 老师们
及众多热心教育人士的努力和支持下, 不断地提升各项硬体设备. 如今, 一座巍峨的
综合礼堂, 已矗立在校园内, 不仅为本校莘莘学子提供了一个活动的空间, 也为地方
上的社会人士提供一个设办喜宴及体育运动的场所.
本校今天的上网, 不仅能让学生通过网际网络获悉全世界最新资讯, 也使老师们的
教学更充实, 更多样化. 同时, 也可让分布在世界各地的校友们, 通过网络,
了解母校的进展, 互传讯息.
教育是立国之本, 也是民族文化的延续, 支持华文教育是每个华裔应尽的责任.
本着这个信念, 希望校友们及各界热心教育人士, 大力支持及资助本校的各项建
设与发展, 以达致教育的千秋大业!
Pendidikan negara kita telah mengalami satu perubahan radikal demi memenuhi kehendak yang kian mencabar. Teknologi moden membolehkan kita memperolehi maklumat terkini melalui Internet.
Pelancaran Halaman Internet SRJK (C) Paloh merupakan langkah permulaan untuk membekalkan ilmu pengetahuan yang lebih bermutu. Sesungguhnya seluruh warga pendidik di SRJK (C) Paloh berusaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Usaha murni ini perlu diteruskan untuk menuju ke arah Wawasan 2020.
Dengan adanya pemuafakatan antara pihak-pihak tertentu khasnya ibubapa, guru-guru, pegawai-pegawai pendidikan daerah dan negeri, segala masalah dapat diatasi. Penyatuan idea dengan pihak-pihak tertentu membolehkan kita mengorak langkah menuju ke arah pencapaian pendidikan yang bertaraf dunia.
Semoga cita-cita murni ini dapat direalisasikan dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara tercinta.
Sekian, terima kasih.