![]() |
TELEINFO PENDIDIKAN
|
Maklumat diperolehi daripada WARTA
PENDIDIKAN Terbitan SUMBER MAKLUMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. |
BAGI kemudahan orang ramai dan juga para pelajar yang ingin mendapatkan maklumat
khusus dan am, KementerianPendidikan Malaysia dengan kerjasama Syarikat TelekomMalaysia Berhad melancarkan perkhidmatan InfoLINE. But permulaan lima jenis perkhidmatan telah diperkenalkan iaitu: i. UPN infoLINE
UPU infoLINE Perkhidmatan infoLINE ini dilancarkan dengan tujuan membantu dalam urusan
penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar mengenai kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi bagi Sesi akademik 1997/98.
Maklumat yang boleh didapati adalah seperti:- i. Kursus-kursus yang ditarwarkan,
Kemasukan pelajar-pelajar ke IPT awam seperti program-program pra-ijazah dan ijazah pertama diselaraskanoleh
Bahagian Kemasukan Pelajar ke IPT (BPKP IT), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
GURU infoLINE
GURU infoLINE memberi perkhidmatan pertanyaan telefon mengenai program kursus yang ditarkan di 31 Maktab Perguruan Malaysia dan Institusi
Pengajian Tinggi Awam. i. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan proses pengambilan guru-guru pelatih ini.
Maklumat yang boleh diperolehi daripada perkhidmatan GURU infoLINE ini adalah terdiri daripada:- i. Maklumat mengenai program-program kursus,
Bagi tahun 1998 Bahagian Pendidikan Guru akan meneruskan program-program latihan perguruan bagi pemohon-pemohon yang berminat di dalam profesion ini.
Program-program berkenaan ialah:- i. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDP) - Kursus 3 tahun
ii. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) - Kursus 1 tahun
PINJAMAN PENDIDIKAN infoLINE
PINJAMAN PENDIDIKAN infoLINE menyediakan maklumat kepada pelajar-pelajar urusan pendidkan yang ingin membuat pinjaman pelajar ke IPT dan pelajar-pelajar akan ke Politeknik.
Perkhidmatan penggilan ini juga akan memberi maklumat terkini mengenai baki pinjaman kepaa peminjam-peminjam yang telah membayar balik pinjaman dari masa ke semasa.
Maklumat ini diperolehi daripada Sistem Maklumat Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (SISKUTIP) yang dikendalikan oleh Bahagian Biasiswa bagi mengesan peminjam, mengemaskini lejar bayaran,
mengeluar notis tuntutan, resit dan penyata tahunan berkomputer kepada peminjam.
Maklumat lain yang berkaitan dengan Pinjaman Pendidikan adalah seperti berikut:-
ASRAMA PENUH infoLINE merupakan salah satu alternatif kepada orang ramai untuk berkomunikasi dengan Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan maklumat mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Perkhidmatan ini akan mula
beroperasi sepeunhnya bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 1998.
Maklumat yang boleh diperolehi melalui perkhidmatan ini adalah:-
Jumlah pengambilan pelajar ke Tingkatan 1 ke Sekoleh Berasrama Penuh pada tahun hadapan akan menjadi 38 buah dengan pembukaan 2 buah sekolah baru di Pasir Puteh, Kelantan dan Ulu Yam, Selangor.
Jumlah pengambilan pelajar ke Tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh sesi persekolahan 1998 dijangka berjumlah 4,920 pelajar dengan jumlah pelajar lelaki seramai 2,820 orang (57.32%) dan jumlah pelajar perempuan seramai 2,100 orang (42.68%).
Bagi pengambilan pelajar ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh, pengambilan dibuat berdasarkan kekosongan tempat yang gagal diisi oleh pelajar sedia ada kerana tidak mencapai kelayakan minima dalam PMR yang membolehkan mereka kekal di sekolah
berkenaan. Oleh yang demikian jumlah sebenar pengambilan pelajar baru tingkatan 4 SBP tahun hadapan hanya boleh ditentukan setelah keputusan PMR diumumkan. Dari jumlah 38 buah SBP hanya 2 buah sekolah akan menerima kemasukan pelajar tingkatan
4 seratus peratus iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Selangor dan Sekolah Menenagah Sains Muar, Johor.
PENDIDIKAN TEKNIK infoLINE
PENDIDIKAN TEKNIK infoLINE juga menyediakan perkhidmatan maklumat mengenai kemasukan pelajar ke Sekolah-sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) bagi kemasukan sesi 1998. Kemasukan pelajar diproses melalui permohonan oleh Bahagian Pengurusan Pendidikan
Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan. Di antara maklumat yang disediakan adalah seperti berikut:- Dalam usaha negara menambah blangan keluaran pelajar di bidang teknikal, Kementerian Pendidikan telah melaksana dan merancang perkara-perkara berikut:-
|