Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chun (2)
421, Jalan Teo Kang Sui, 82000 Pontian, Johor, Malaysia.
TEL: 07-6871987       E-mail: peichun2@tm.net.my  
Gambar GB
En. Ang Chor Chew
Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chun (2)
 

Kamu sedang mengikuti Laman Web SJK (C) Pei Chun (2) Pontian, Johor.


Sekiranya anda ingin membaca Laman in dalam Bahasa lain, sila klick

Chinese

English


 

Dari Meja Guru Besar .......

Suka saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jemaah Pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chun (2), Pontian dan Y.B. Encik Khoo Che Wat, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Kulai, di atas sumbangan dua buah komputer kepada sekolah ini untuk menjayakan program homepage Sekolah ini.

Kerajaan berhasrat untuk merealisasikan Waswasan 2020, dengan kecanggihan Multimedia Super Corridor. Justeru itu maka adalah menjadi tugas kami sebagai pendidik untuk menyambut cita-cita Kerajaan dan memberikan pengetahuan yang lengkap dalam teknologi maklumat kepada generasi muda.

Homepage Sekolah ini bertujuan untuk memaparkan maklumat terhadap sekolah ini sebagai suatu usaha yang mendorong serta memberi perangsang untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di kalangan murid-murid dan guru-guru. Hasrat ini disokong dengan visi dan misi sekolah ini yang bentuk sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara kita, iaitu sekolah bukan saja tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, bahkan untuk melahirkan individu yang berkualiti, berakhlak mulia, dan berjasa kepada bangsa, masyarakat dan negara. Maka lahirlah insan yang akan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara seterusnya.

Akhir kata, perkembangan pesat dalam dunia Teknolgi Maklumat memerlukan kita sebagai pendidik, dan juga sebagai ibubapa untuk menoreka dan seterusnya memberi dorongan kepada generasi muda kita untuk mengambil bahagian dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA!

Saya yang menurut perintah,

ANG CHOR CHEW

Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chun (2), Pontian.


I am proud to be a Malaysian

Saya amat berbangga kerana saya seorang Malaysia.


PEI CHUN (2) HOMEPAGE © ANG CHOR CHEW
LAMAN WEB SJK (C) PEI CHUN (2) DILANCARKAN DENGAN RASMINYA OLEH
YANG BERUSAHA TUAN HAJI HASHIM BIN KAHAT
BEKAS PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PONTIAN
PADA 22 JULAI 1997


Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Chun (2),
421, Jalan Teo Kang Sui, 82000 Pontian, Johor, Malaysia.
TEL: 07-6871987