Laman Komputer


 
Softwares
   AntiVirus
   Graphics
   Multimedia
   Utilities
   Programming
   Drivers

News/Issues
    Y2K
    Articles
    Smart User

 
 

Our e-mail: 

 

 
Masalah Tahun 2000
Pepijat Alaf (Y2K)

Tidak ramai orang yang sedar bahawa 90 peratus PC gagal the real-time clock (RTC) menjelang alaf baru Tahun 2000 kerana gagal membaca tarikh dan masa. Masalah ini dipanggil pepijat alaf (Y2K). Beberapa aplikasi mendapat tarikh dan masa secara langsung daripada RTC dan bukan BIOS.
Biasanya RTC mengandungi 7 daftar yang menyimpan masa dan tarikh. Enam daftar pertama ialah saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun. Daftar-daftar ini dikemaskini (update) secara automatik sama ada PC seseorang itu "on" atau "off". 
Bagaimanapun daftar tahun terhad kepada dua angka terakhir tahun tersebut, yang dibaca sebagai 97 dalam 1997, 98 dalam 1998 dan seterusnya.
Bagaimanapun, daftar ke-7 yang juga dikenali sebagai daftar abad yang menyimpan dua angka teratas tahun tersebut, tidak dikemaskinikan secara automatik. Daftar abad membaca abad ke-19 untuk abad ke-20. Oleh kerana itu, RTC akan mengandaikan bahawa tahun itu ialah tahun 1900. 
Pepijat Tahun 2000 (Y2K) menimbulkan masalah tidak hanya kepada perbadanan besar, bank-bank antarabangsa dan kerajaan, tetapi juga perniagaan kecil dan komputer rumah.
Sebanyak US$600 billion (RM2.3 trillion) dibelanjakan di seluruh dunia untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam semua bentuk.
Sebanyak 93 peratus PC yang dieksport sebelum 1997 akan gagal berdepan dengan abad baru ini. Kira-kira 47 peratus PC yang dieksport pada tahun 1997 turut mengalami risiko dan 11 peratus PC yang dieksport tahun 1998.


Copyright (c) 1999 MalayWorld. All Rights Reserved

Created on 9th March 1999
Updated on 20th August 1999