Detik-detik Kebangkitan Malaysia di Mata Dunia

Kebolehan Negara Dipimpin Mengikut Acuan Sendiri

Negaraku,Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi,sosial,politik,pentadbiran,komunikasi dan lain-lain lagi.Kemajuan ini terbina oleh hasil usaha gigih pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan sekarang yang tidak pernah kenal erti jemu serta tabah dalam menghadapi segala kesulitan.Keupayaan para pemimpin negara dalam mentadbir negara mengikut acuannya sendiri amat aku kagumi.Formula yang digunakan untuk mentadbir negara ini telah mendatangkan hasil yang perlu disyukuri oleh semua pihak. Di bawah ini adalah bukti-bukti bahawa negaraku yang kucintai ini telah membuka mata dunia akan keupayaan serta kepakaran negaraku dalam pelbagai bidang.

[Bukti Pertama]
Kepakaran dari segi pembuatan kereta dan motorsikal
Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.

Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita  untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.

Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran,Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara yang diberi nama Proton Saga.

Pelancaran Proton Saga
Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr. Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.

Hingga kini negara telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta Proton Saga yang diberi nama seperti Iswara,Satria,Perdana dan Wira.Kejayaan ini membanggakan rakyat Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri.

[Bukti kedua]
Dasar penswastaan dan persyarikatan
Bagi mengimbangi ekonomi negara dengan rakyat,dasar penswastaan dan persyarikatan telah dilaksanakan.Dasar penswastaan ini penting untuk menjadikan sesuatu perkhidmatan menjadi lebih baik dan tidak perlu bergantung dengan kerajaan.Contoh badan-badan perkhidamatan yang telah diswastakan ialah Jabatan Tenaga Nasional yang kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad,Jabatan Telekom Malaysia yang kini dikenali sebagai Telekom Malaysia,Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain lagi.Dasar penswastaan dan persyarikatan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat untuk mentadbir sesuatu organisasi dengan lebih cekap,cepat dan efisien.Secara tidak langsung,dasar ini memberi keyakinan kepada rakyat untuk mentadbir dengan lebih baik setanding dengan negara-negara lain. 

[Bukti ketiga]
MSC logoKampung global

Abad ke- 21 menjanjikan permintaan dan cabaran yang tinggi dalam bidang telekomunikasi.Pembangunan prasarana telekomunikasi negara dianggap memasuki era kritikal terutamanya ketika Malaysia sedang memperkemaskan diri sebagai pusat teknologi maklumat yang canggih.Melihat kepada keupayaan dan keberkesanan telekomunikasi tersebut,Malaysia sendiri telah mewujudkan KLCCKoridor Raya Multimedia (MSC) kira-kira empat tahun yang lalu.MSC diharap dapat menjadi jambatan global yang menghubungkan negara kita dengan era maklumat.Putrajaya yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri pada Julai 1998 beroperasi sebagai kerajaan elektronik yang menghubungkan terus dengan negara ASEAN,Amerika Utara,Eropah dan Jepun.dalam sistem perkhidmatan awam juga turut mengalami penyusunan semula dengan membolehkan setiap warganegara berinteraksi secara langsung dengan kerajaan.Agensi-agensi kerajaan secara langsung melalui kemudahan Teknologi Maklumat.Pembinaan pusat Bandaraya Pintar (CyberJaya) dan Pusat Pentadbiran Negara di Putrajaya,Dengkil,Selangor amat tepat pada masanya ketika negara menuju ke alaf baru.Ia adalah sebahagian daripada projek Multimedia Supercorridor (MSC).Antara objektif penubuhan MSC ialah ianya sebagai pusat teleperubatan elektronik,sekolah bestari,pusat pembangunan dan penyelidikan,pusat pemasaran tanpa sempadan dan tempat penggunaan kad pintar.Bangunan Kuala Lumpur City-Centre (KLCC) yang ada sekarang menjadi penghubung di antara bandar Kuala Lumpur denagan Cyberjaya di Dengkil,Selangor.Untuk memajukan sistem komunikasi penyiaran radio televisyen negara ini maka wujudlah Menara Kuala Lumpur .Menara ini adalah bangunan tertinggi Asia keempat dunia.Ketinggiannnya ialah 421 meter.FungsinyaMenara Kuala Lumpur sebagai stesen transmisi bagi telekomunikasi kita.Pembinaan Menara Kuala Lumpur di atas Bukit Nenas dirasakan amat penting oleh pemimpin negara iaitu Dr. Mahathir.Beliau merasakan bahawa pada masa depan rakyat memerlukan kepantasan dari segi komunikasi.Pencapaian kemajuan sesebuah bangsa diukur berdasarkan kepada penguasaan teknologi seperti maklumat.

Kini rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai.Rakyat Malaysia tidak perlu berasa rendah diri dengan negara lain kerana negara kita setanding dengan negara maju dan perlu diiktiraf oleh mereka sebagai yang terbaik.Ini bukanlah perkara untuk menunjuk-nunjuk tetapi adalah sebagai dorongan untuk rakyat Malaysia bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja untuk berjaya.Syabas!!

 

lagi cerita tentang kebangkitan negara