KATA-KATA ALUAN PENGARAH
PENDIDIKAN KELANTAN
MERANGKAP YANG DIPERTUA MSSK ![]() Disini saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MSSD Pasir Puteh/Bachok kerana diberi penghormatan dan sudi menjadi tuan rumah bagi mengelolakan Kejohanan Olahraga MSSK kali ke 33, 1998 Semoga Kejohanan Olahraga ini apat dijalankan dengan penuh semangat kesukanan dan menyaksikan satu pertandingan yang bermutu tinggi malahan menerusi kejohanan ini kita dapat melahirkan bakat-bakat yang berpotensi bagi mewakili MSSK. Sesungguhnya Sukan dan Olahraga dapat melatihkan diri menjadi ahli masyarakat yang serba boleh dan berdisplin. Namun apa yang penting sekali ialah semangat dan keazaman ke arah mencapai KEJAYAAN dan KECEMERLANGAN. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Caltex Malaysia Oil Bhd, selaku penaja utama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Pasir Puteh/Bachok selaku tuan rumah, Nestle Products Sdn. Bhd. dan Ahli Jawatankuasa pengelola Kejohanan Olahraga MSSK kali ke 33, 1988 "KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN"
KATA-KATA ALUAN PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada pihak MSSK yang memberi peluang kepada PPD Pasir Puteh-Bachok
untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan kali ini. Saya menaruh keyakinan
yang tinggi bahawa kejohanan ini akan menjadi tempat bagi kita mencungkil
jaguh-jaguh olahraga untuk mewakili Kelantan di Kejohanan peringkat MSSM
nanti.
Sekali lagi saya mengambil kesempatan di
sini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang
menjayakan laman ini. Semoga laman yang disediakan menjadi pengerak kepada
warga pendidik untuk menggunakan teknologi komputer dalam kegiatan pengajaran
dan pembelajaran .Saya juga berharap agar laman ini dapat memberi manfaat
kepada semua dan usaha-usaha seperti ini patut diteruskan pada masa akan
datang.
"SUKAN UNTUK SEMUA"
|