Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau, Johor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :-
1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masayarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
2. Melahirkan anak didik Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin yang berilmu, berpengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
3. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan,canggih, dinamik dan berwibawa tanpa kacacatan, selaras dengan konsep " zero defect".
4. Menyediakan kakitangan dan tenaga bantu yang matang, berdedikasi, komited,terlatih,berdisiplin,bertanggungjawab,produktif dan amanah dalam mengurus dan menghasilkan kerja yang cekap,pantas dan bijaksana.
5. Memastikan pelajar dapat menerima pendidikan dan pelajaran yang sempurna dan terbaik tanpa mengira keturunan,bangsa dan agama.
6. Mewujudkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat tempatan selaras dengan kosep dan budaya pemuafakatan dan sekolah komuniti.
7. Berkongsi pendapat dengan pihak ibubapa dan penjaga dalam menangani usaha peningkatan sahsiah akademik dan ko-kurikulum pelajar supaya lebih cemerlang.
8. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, pelajar,guru,masyarakat dan negara.
9. Menyediakan dan memberi peluang pengajaran dan pembelajaran kepada semua pelajar yang layak selaras dengan konsep pendemokrasian pendidikan.